• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bertopengkan Kedai 24 Jam, Premis Judi Di Bintulu Dipotong Bekalan Elektrik

Oleh
Ismail NA
3 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Sebanyak 20 buah premis dipotong bekalan elektrik.

Bertopengkan Kedai 24 Jam, Premis Judi Di Bintulu Dipotong Bekalan Elektrik. Pernahkah anda melihat kedai serbaneka 24 jam yang tidak mempunyai banyak barangan namun tetap dibuka? Mungkin mereka sebenarnya berselindung di sebalik aktiviti haram.

Akibat menjalankan aktiviti judi haram secara atas talian, sebanyak 20 buah premis perniagaan di Bintulu dipotong bekalan elektrik oleh pihak berkuasa.

Pemotongan bekalan elektrik tersebut dijalankan sekitar jam 10 pagi hingga 1.30 tengah hari oleh Sarawak Energy Berhad bersama sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Cawangan Bintulu dalam operasi bersepadu semalam.

Bertopengkan Kedai 24 Jam, Premis Judi Di Bintulu Dipotong Bekalan Elektrik
Bertopengkan Kedai 24 Jam, Premis Judi Di Bintulu Dipotong Bekalan Elektrik
Sumber foto : Utusan Borneo

Kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam antara yang terlibat

Premis tersebut terdiri daripada kedai runcit serta kedai serbaneka 24 jam yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai perjudian secara atas talian.

Jelas pihak polis, premis tersebut layak dikenakan permintaan untuk pemotongan bekalan elektrik atas sebab menjalankan aktiviti perjudian.

Pemotongan bekalan elektrik tersebut dibuat di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Malah, premis tersebut juga gagal mengemukakan lesen perniagaan runcit yang sah dan boleh diambil tindakan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Syabas diucapkan kepada pihak polis Ibu Pejabat Polis Bintulu atas tindakan tegas dan cekap membanteras aktiviti perjudian haram. Orang ramai juga boleh membantu untuk membanteras kegiatan haram dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Next Article Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?