Kebakaran di Hospital Papar, pesakit dikeluarkan dengan pantas
Bertungkus-Lumus Pindah Pesakit, Stor farmasi Hospital Papar terbakar. Kakitangan Hospital Papar kelam-kabut mengeluarkan pesakit dari wad setelah stor farmasi hospital itu terbakar dalam kejadian kira-kira pada jam 7 malam Isnin.
Menurut laporan media tempatan, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu segera digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer.

Menurut laporan awal dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebanyak lapan anggota BBP Papar dibantu lima anggota BBP Kimanis sedang bersungguh-sungguh memadamkan kebakaran tersebut.
Difahamkan, kebakaran melibatkan sebuah bangunan stor perubatan farmasi Hospital Papar dan api sedang merebak.

