• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Shell Buka Permohonan Biasiswa 2025: Laluan ke Oxford, MIT & LSE Untuk Pelajar Cemerlang

Oleh
Nazihah AN
5 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Shell Buka Permohonan Biasiswa 2025: Laluan ke Oxford, MIT & LSE Untuk Pelajar Cemerlang

Permohonan ditutup pada 14 Mei 2025

Shell Buka Permohonan Biasiswa 2025: Laluan ke Oxford, MIT & LSE Untuk Pelajar Cemerlang. Shell Malaysia menyeru pelajar cemerlang SPM dan O-Level untuk memohon Biasiswa Shell 2025, sebuah program tajaan penuh yang membuka laluan ke universiti terkemuka dunia.

Shell Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa permohonan untuk Program Biasiswa Shell 2025 kini dibuka. Peluang ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2024 atau O-Level 2025 yang bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang tenaga, kejuruteraan, sains, dan komersial.

Shell Buka Permohonan Biasiswa 2025: Laluan ke Oxford, MIT & LSE Untuk Pelajar Cemerlang

Biasiswa ini bukan sekadar menaja yuran pengajian. Ia turut merangkumi kos sara hidup, buku, dan elaun lain yang berkaitan, dengan syarat pelajar mengekalkan prestasi akademik cemerlang sepanjang tempoh pengajian.

Laluan ke Universiti Terkemuka Dunia

Pelajar terpilih akan diberi peluang menyambung pelajaran A-Level di sekolah berasrama penuh tempatan yang ditentukan oleh Shell sebelum melanjutkan pengajian ke universiti ternama di Amerika Syarikat, United Kingdom, atau Australia.

Antara universiti yang termasuk dalam senarai tajaan ialah:

  • UK: University of Oxford, University of Cambridge, Imperial College London, dan London School of Economics (khusus untuk kursus komersial)
  • AS: Harvard University, MIT, Stanford, dan Cornell University
  • Australia: University of Melbourne dan Australian National University

Pelajar yang berminat dalam bidang Petroleum Engineering atau Geoscience juga boleh memohon untuk belajar di University of Texas at Austin dan Colorado School of Mines.

Bidang Pengajian yang Ditaja

Program ini memberi fokus kepada tiga bidang utama:

  • Kejuruteraan: Mekanikal, Awam, Kimia, Petroleum, Elektrikal & Elektronik, Alam Sekitar, dan Kejuruteraan Mapan.
  • Sains: Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik, dan Sains Data.
  • Komersial: Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran Digital.

Mencungkil Bakat untuk Masa Hadapan Negara

Menurut Pengerusi Shell Malaysia, Siti Sulaiman, program ini direka untuk mencungkil bakat terbaik negara dan membentuk mereka menjadi pemimpin industri masa depan. Tambah beliau, “Kita perlukan lebih ramai profesional berkelayakan tinggi untuk menyokong aspirasi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan mampan.”

Siti juga merupakan bekas penerima Biasiswa Shell dan kini mengetuai operasi Shell Malaysia—satu bukti keberkesanan program ini dalam melahirkan pemimpin industri.

Syarat Kelayakan dan Tarikh Penting

Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 8A (A/A+) dalam SPM 2024 atau setara dalam O-Level/IGCSE (A*/A). Mereka juga mesti bersedia mengikuti pengajian A-Level di institusi yang ditentukan Shell.

Permohonan ditutup pada 14 Mei 2025, jam 11.59 malam, dan keputusan akan diumumkan menjelang akhir Julai 2025.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, pelajar boleh melayari laman web rasmi Shell Malaysia di sini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Mesej Temuduga Universiti Awam Tanpa Nama Institusi, Ibu Bapa Diminta Berwaspada
Next Article Dua Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak Bakal Dibuka Di Bintulu Dan Miri Menjelang 2027

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?