Anda boleh tempah bilik hotel selesa bawah RM150 di Sabah
Ini Senarai Bilik Hotel Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu. Memang seronok melancong tapi sudah pasti ramai yang memikirkan bajet percutian bukan?
Bukan setakat bajet, malahan keselesaan penginapan juga penting dalam merancang sesebuah percutian, kalau ada yang tak kena, tak dapatlah anda nikmati percutian yang hanya boleh dirasai sekali-sekala ini.
Di sini, kami menyenaraikan hotel atau bilik selesa bawah RM170 di Kota Kinabalu.
1. Tune Hotel 1 Borneo
Dengan harga yang agak murah ini anda mendapat sebuah penginapan yang sangat strategik terletak berdekatan dengan pusat tarikan pelancongan seperti Borneo Marine Research Institute (BMRI) Complex yang hanya 2.2 km dari hotel serta pusat membeli-belah.
Tune Hotel 1 Borneo yang bertemakan merah dan putih ini menawarkan tempat penginapan yang lengkap dengan kemudahan kedua-dua penyaman udara dan kipas, tandasnya pula lengkap dengan pancuran air panas dan pengering rambut. Di samping itu, di hotel ini juga terdapat kedai serbaneka untuk kemudahan anda membeli barangan keperluan sewaktu penginapan.
Tune Hotel 1 Borneo
Alamat: Unit No. G-803, 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
2. Winner Hotel
Hotel ini berada di pusat bandar Kota Kinabalu. Kedudukannya yang strategik menjadikan ia salah sebuah hotel yang menjadi pilihan ramai, lebih kurang dalam 5 minit perjalanan kaki anda boleh ke Gaya Street, Kompleks Membeli-belah Centre Point Sabah, Warisan Square dan Pasar Malam. Untuk menjamu selera pula apatah lagi, semuanya berada di sekitar hotel ini.
Setiap bilik di hotel lengkap dengan penyaman udara, bar mini, kemudahan membuat air dan lain-lain lagi. Yang menariknya, anda boleh menggunakan komputer secara percuma yang disediakan di lobi hotel. Tapi jangan risau, wifi percuma tetap boleh digunakan di setiap bilik.
Winner Hotel
Alamat: Lorong Pasar Baru 2, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

3. OYO Room Center Point Mall
Hotel ini terletak berdekatan dengan pasar Filipino Sabah dan Pasar Ahad Jalan Gaya yang mana kedua-duanya kurang 0.5 km dari hotel. Tarikan pelancongan terdekat adalah Muzium Negeri Sabah & Kampung Warisan yang hanya 2.1 km dari hotel.
Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan televisyen, peralatan mandian dan pengering rambut. Wifi percuma turut boleh digunakan di seluruh kawasan hotel. Terdapat kemudahan air tapisan yang disediakan di ruang legar. Hotel ini adalah pilihan yang tepat bagi anda yang inginkan penginapan murah dan di lokasi yang strategik.
OYO Room Center Point Mall
Alamat: Plot No.3.15, 3rd Floor, Above Welcome Seafood Restaurant Asia City Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
*Hotel ini terdapat beberapa cawangan di Kota Kinabalu (kira-kira 9 cawangan di Kota Kinabalu). Anda boleh lihat di sini.*
4. Kinabalu Daya Hotel
Hotel ini terletak di kawasan daerah komersial dan hiburan Kota Kinabalu. Terletak kurang 2 km dari hotel adalah Kota Kinabalu Central Market, Pasar Minggu, Pasar Filipino Sabah, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu Wetland Centre dan banyak lagi.
Dengan harga yang bermula dari RM120 ini anda dapat menginap di hotel yang amat mengambil berat tentang keselesaan tetamu. Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan kemudahan televisyen, wifi, kemudahan membuat air dan lain-lain. Terdapat sesetengah bilik yang menawarkan pemandangan yang menyejukkan mata bandar Kota Kinabalu. Anda juga boleh memilih untuk menginap di bilik yang menyediakan dapur kecil.
Kinabalu Daya Hotel
Alamat: Lot 3 & 4, Block 9th, Jalan Pantai, Opposite Wisma Merdeka Shopping Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
5. TD Plaza Hotel
Dari hotel ini, banyak kawasan terkenal yang boleh anda lawati dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Antara tempat-tempat yang boleh anda lawati tanpa perlu mengeluarkan wang untuk pengangkutan adalah seperti Pusat Membeli-belah Wawasan Plaza, Taman Tunku Abdul Rahman, Oceanus Waterfront Mall, Imago Shopping Mall, Pasar Kraftangan Filipino Sabah dan banyak lagi.
Setiap bilik di hotel ini berlantaikan parket dan lengkap dengan penyaman udara. Turut disediakan adalah kemudahan televisyen bersaluran satelit untuk anda tontoni sambil berehat-rehat di bilik, kemudahan menyeterika dan cerek. Untuk tandas, pancuran air panas juga disediakan.
Untuk ke lapangan terbang yang terletak dalam 10 minit pemanduan dari hotel, anda boleh mendapatkan khidmat shuttle yang disediakan pihak hotel dengan caj tambahan.

TD Plaza Hotel
Alamat: Level 3 & 5, Plaza Wawasan, 1-1, Lorong Plaza Wawasan, Coastal Highway, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
6. Tang Dynasty Park Hotel
Hotel ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu iaitu hanya 4 km dari hotel. Sekiranya anda ingin membeli-belah sewaktu di Sabah, berdekatan hotel ini terdapat Imago Shopping Mall, Oceanus Waterfront Mall, Pasar Ahad Jalan Gaya dan lain-lain lagi yang terletak dalam kurang 2 km dari hotel. Dalam 0.5 km pula terdapat Muzium Negeri Sabah dan Kampung Warisan.
Setiap bilik di hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan bilik yang luas berpenghawa dingin, amat sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama ahli keluarga. Di samping itu, kemudahan lain adalah TV bersaluran kabel dan tandas yang lengkap dengan kemudahan mandian. Dengan harga permulaan sebanyak RM90, hotel ini memberikan anda sebuah penginapan yang sangat berbaloi berdasarkan lokasi dan kemudahan yang disediakan.
Tang Dynasty Park Hotel
Alamat: TL 147, Jalan Belia, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
7. Celyn Hotel
Celyn Hotel terletak di dalam pusat membeli-belah Giant, ini bermaksud anda dapat memilih tempat menjamu selera mengikut citarasa anda kerana banyak sekali pilihan kafe dan restoran di sini. Selain itu, untuk ke pusat bandar Kota Kinabalu, pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle secara percuma kepada para pelanggan, dapatlah anda berjimat dari segi pengangkutan juga.
Setiap bilik di hotel ini berkonsepkan kontemporari dan kelihatan elegan. Bilik yang amat selesa ini juga lengkap dengan TV plasma bersama pemain DVD serta wifi percuma.
Celyn Hotel
Alamat: S-0-30, Jln Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah / Warisan Square, Lot 30, Block A, Ground Floor, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Semua penginapan di atas menawarkan harga di bawah RM150 setiap malam, menjadikannya pilihan yang berpatutan bagi mereka yang mengunjungi Kota Kinabalu dengan bajet yang terhad. Pastikan anda membuat tempahan awal terutama pada musim cuti sekolah atau cuti umum untuk mengelakkan kekecewaan. Selamat bercuti!