• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Bintulu Darul Bump’ Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen

Oleh
Aina Musa
25 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Bintulu Darul Bump' Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen

Sehingga digelar Bintulu Darul Bump

‘Bintulu Darul Bump’ Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen. Kerap juga ‘viral’ kisah mengenai bonggol jalan yang dibina bagi tujuan meredakan trafik khususnya di kawasan-kawasan tumpuan seperti perumahan, sekolah atau pun pusat beli belah tetapi dibina tidak mengikut spesifikasi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Terbaharu, tular di media sosial apabila Facebook Bintulu News Page memuat naik satu hantaran mengenai keadaan ‘roadbumps’ atau pun bonggol jalan di Bintulu tidak mengikut spesifikasi daripada JKR.

'Bintulu Darul Bump' Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen
‘Bintulu Darul Bump’ Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen Kredit Foto: Bintulu News Page

Berdasarkan perkongsian itu, dilihat keadaan bonggol jalan itu sengaja ditinggikan untuk mengatasi masalah kenderaan dipandu laju di sekitar kawasan pusat beli belah di Tanjung Batu.

Namun ramai pula berpendapat ia menjengkelkan, bahkan mampu mendatangkan bahaya kepada pemandu kenderaan yang melalui kawasan terbabit.

Mana tidaknya, ramai yang merungut keadaan bonggol itu yang tinggi menyebabkan kereta mereka calar bahkan boleh menyebabkan kemalangan kecil disebabkan bonggol yang dibina.

Ini sebenarnya spesifikasi bagi membina bonggol jalan mengikut piawaian JKR

Mengikut JKR, bonggol jalan harus mengikut garis panduan ditetapkan khususnya dari segi ukuran teknikal tinggi/rendah dan lebar. Spesifikasi tidak menepati garis panduan, termasuk terlalu tinggi, tiada warna jaluran dan tiada bantuan pencahayaan.

Kredit foto: Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Mengikut garis panduan ini, tiga jenis bonggol jalan dibenarkan, iaitu bum had laju (speed bump), bonggol had laju (speed hump) dan satah had laju (speed table). Setiap satu mempunyai spesifikasi dan kesesuaian kegunaan berbeza.

Jika bonggol jalan dibina, pelan pemasangan bonggol perlu dirangka sewajarnya. Ia harus disertakan beberapa fasiliti lain bagi memastikan pelaksanaan efektif. Antaranya termasuk pemasangan papan tanda amaran bonggol, jalur rentas kuning dan pemantul cahaya mata kucing sebelum menghampiri lokasi bonggol. Bonggol juga perlu mempunyai garisan berjalur atas permukaannya.

Undang pelbagai kecaman daripada netizen

Apabila meninjuau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan keadaan bonggol jalan yang dibina itu.

Rata-rata memberitahu Bintulu ‘kaya’ dengan bonggol jalan yang dibina tinggi sehingga menyusahkan pengguna jalan raya.

'Bintulu Darul Bump' Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen
Kredit Foto: Bintulu News Page
'Bintulu Darul Bump' Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen
Kredit Foto: Bintulu News Page
'Bintulu Darul Bump' Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen
Kredit Foto: Bintulu News Page

Netizen juga berharap supaya pihak berkuasa tempatan memandang serius perkara ini kerana boleh membahayakan mereka lebih-lebih lagi memandu pada malam hari.

'Bintulu Darul Bump' Bonggol Jalan Di Bintulu Ini Undang Bahaya Sehingga Dikecam Netizen
Kredit Foto: Bintulu News Page

Nak tahu macam mana rupa jalan yang ikut spesifikasi JKR? Baca di sini:

‘Boleh Sampai Ke Bulan’, Bonggol Jalan Tidak Ikut Spesifikasi Di Jalan Stakan Ini Undang Reaksi Netizen
SUMBER :FB Bintulu News Page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Rakaman Dashcam Kemalangan Ngeri Kereta Rempuh Motorsikal Lawan Arus Di Lachau
Next Article Snek Sedap Khas Dari Kelantan, Anda Perlu Cuba Lok Ching Kuching Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?