• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
11 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang unik! Buah Engkabang boleh menghasilkan mentega mesra vegetarian.

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak. Pokok Engkabang atau nama saintifiknya, Shorea macrophylla, adalah sejenis pokok balak unik yang tumbuh di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Memang unik! Buah Engkabang boleh menghasilkan mentega mesra vegetarian.
  • Pokok Engkabang ini mengeluarkan buah yang boleh menghasilkan minyak yang rasanya seperti mentega
  • Berikut merupakan step dalam penghasilan minyak engkabang:
  • Pokok Engkabang yang matang hanya berbuah setiap 4 ke 5 tahun sahaja
  • Merupakan spesis balak terancam di Sarawak

Buah engkabang ini juga dikenali juga sebagai buah helikopter!

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak
Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak

Pokok Engkabang ini mengeluarkan buah yang boleh menghasilkan minyak yang rasanya seperti mentega

Buat pengetahuan anda, pokok Engkabang ini mengeluarkan buah yang boleh menghasilkan minyak yang rasanya seperti mentega. Ya! Mentega yang mesra vegetarian, 100% dari sumber tumbuhan, bebas tenusu, sungguh asli dan semula jadi, Biar Betul!

Mentega daripada buah Engkabang ini dihasilkan dengan cara yang amat ringkas dan semula jadi, tanpa tenusu membolehkan golongan vegetarian mahupun vegan untuk menikmati mentega dari sumber yang berharga ini.

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak

Berikut merupakan step dalam penghasilan minyak engkabang:

  1. Buah Engkabang dikeringkan (Jemur atau Salai)
  2. Buah yang kering ditumbuk untuk mengekstrak minyaknya
  3. Minyak Engkabang yang diekstrak dimasukkan di dalam buluh
  4. Minyak dibiarkan beku di dalam buluh

Minyak Engkabang yang sudah siap ini kemudiannya akan dijual di dalam buluh dengan harga mencecah sehingga RM 15 ke RM 30!

1 kg buah Engkabang ini boleh menghasilkan lebih kurang 100 gram minyak. Satu pokok Engkabang pula boleh menghasilkan kira-kira 6 kg minyak. 

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak

Pokok Engkabang yang matang hanya berbuah setiap 4 ke 5 tahun sahaja

Namun sayang seribu kali sayang, pokok Engkabang yang matang hanya berbuah setiap 4 ke 5 tahun sahaja dan hasilnya juga tidak konsisten setiap tahun.

Oleh itu, minyak Engkabang ini tidak boleh didapati setiap masa di Sarawak. Jadi, kalau anda jumpa minyak engkabang ini, beli lah tanpa berfikir panjang, nanti kan telan air liur pula.

Cara penyimpanan minyak Engkabang ini boleh disimpan di dalam peti sejuk. Penduduk tempatan Sarawak menikmati minyak ini dengan mencicah minyak tersebut di atas nasi panas, supaya minyak itu cair bagai mentega.

Cara klasik menikmati minyak engkabang ini amat disarankan, kerana nasi panas yang dicampur dengan minyak Engkabang dapat membuka selera atau anda juga boleh mencuba minyak Engkabang ini bersesuaian dengan selera masing-masing. 

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak

Merupakan spesis balak terancam di Sarawak

Malangnya kini, pokok Engkabang merupakan spesis balak terancam di Sarawak, dek kerana dieksploitasi dengan rakus oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab.

Pokok Engkabang ini bukan sahaja terkenal dengan buahnya yang unik itu, malah kayu balak daripada pokok ini juga mempunyai kualiti dan nilai komersial yang amat tinggi.

Oleh itu, kerajaan Sarawak dalam usaha untuk pemuliharaan semula pokok yang amat berharga ini.

Lagi di sini mengenai buah unik yang hanya ada di Borneo:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kepada Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching Kepada Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Next Article ‘Bayar Cukai Tapi Ini Saya Dapat’ – Tayar Netizen Pecah Akibat Jalan Buruk Miri-Marudi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?