Kenyataan berkenaan dengan bonus perayaan telah menjadi bualan hangat netizen
Bonus Perayaan Ditambah Sekali Pada Bonus Hujung Tahun, Ini Penjelasan Abang Jo. Kecoh di laman sosial apabila berita mengenai bonus perayaan yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam bertukar kecewa.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak tidak memberikan bonus raya kepada rakyatnya, tetapi akan memberikan bonus hujung tahun ini.
Kenyataan tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen terutamanya bagi kakitangan awam.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak akan memberikan bonus pada hujung tahun ini sebagai ganti bonus perayaan yang ditunggu-tunggu.
Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan juga memberikan bantuan kewangan kepada rakyat Sarawak dalam menghadapi cabaran kehidupan, terutama apabila anak-anak mula memasuki alam persekolahan.
Bermakna bonus untuk satu bulan setengah akan dicampurkan dalam bonus untuk hujung tahun sekaligus.
Oleh itu, bonus untuk setiap perayaan seperti Hari Raya, Hari Gawai, Krismas dan Tahun Baru Cina akan disekalikan dengan bonus pada hujung tahun ini.
Premier Sarawak juga menjelaskan bahawa bonus untuk satu bulan setengah akan dicampurkan dengan bonus untuk hujung tahun.
Beliau menegaskan bahawa pendapatan tersebut perlu disalurkan pada waktu yang tepat, contohnya sebelum anak-anak memulakan persekolahan, supaya dapat membantu ibu bapa mengurangkan beban kewangan mereka dalam menanggung kos sekolah anak-anak.
