• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Catat Tiada Kes Aktif COVID-19

Oleh
Ismail NA
17 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Pesakit Terakhir Meninggal Dunia Pada Isnin Lalu

Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Catat Tiada Kes Aktif COVID-19. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kesihatan Brunei, YB Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Isham Hj Jaafar melalui sidang media ringkas.

Walau bagaimanapun, pengisytiharan tersebut disusuli dengan berita dukacita tentang kematian pesakit terakhirnya.

Pesakit terakhir yang berusia 67 tahun tersebut itu meninggal dunia pada Isnin setelah bertarung selama 2 bulan di Pusat Pengasingan Nasional. Pesakit yang dikenal pasti sebagai kes ke-122 tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan.

Namun, beliau mula menunjukkan gejala pada 23 Mac 2020 dan disahkan positif pada 28 Mac. Dua hari kemudian, pesakit tersebut dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pesakit terakhir ini juga telah disahkan negatif sebanyak 2 kali sejak 10 Mei namun beliau tetap dirawat di ICU disebabkan keadaannya yang tidak stabil.

Brunei tiada kes aktif selama 40 hari berturut-turut

Kematian ini merupakan kematian ketiga setakat ini dilaporkan di Brunei. Kematian pertama dilaporkan pada 28 Mac melibatkan warga emas lelaki berusia 64 tahun manakala kematian kedua melibatkan lelaki berusia 56 tahun dua bulan kemudian iaitu pada 27 Mei 2020.

Negara di Kepulauan Borneo ini tidak melaporkan kes aktif COVID-19 selama 40 hari berturut-turut.

Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Bebas COVID-19

Terdahulu, Brunei mencatatkan kes positif COVID-19 yang pertama di Kepulauan Borneo pada 9 Mac apabila seorang lelaki berusia 59 tahun kembali dari Kuala Lumpur.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes di negara tersebut adalah sebanyak 141 kes dengan 138 daripadanya telah pulih berserta 3 kematian.

Apa-apa pun, tahniah Brunei dan teruskan usaha membendung penularan semula wabak ini.

Kita pasti menang.

Anda juga boleh merujuk artikel ini jika Brunei nanti sudah membuka sempadannya untuk pengembaraan roadtrip :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu
Next Article Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?