• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Buat Jenaka Hina Pakaian Tradisi Iban, Lima Organisasi Dayak Enggan Maafkan Influencer Ryzal Ibrahim

Oleh
Husna Hazmi
31 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Buat Jenaka Hina Pakaian Tradisi Iban, Lima Organisasi Dayak Enggan Maafkan Influencer Ryzal Ibrahim. Dilaporkan bahawa, Orang Dayak enggan menerima permintaan maaf daripada Influencer Ryzal Ibrahim kerana baru-baru ini telah menghina pakaian tradisional Iban dalam sebuah video yang dimuat naiknya di dalam story Instagram, kata lima organisasi Dayak.

Buat Jenaka Hina Pakaian Tradisi Iban, Lima Organisasi Dayak Enggan Maafkan Influencer Ryzal Ibrahim
Buat Jenaka Hina Pakaian Tradisi Iban, Lima Organisasi Dayak Enggan Maafkan Influencer Ryzal Ibrahim

Buat laporan terhadap Ryzal di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Lima organisasi tersebut, Persatuan Budaya dan Kesenian Tajai Sarawak, Kesatuan Nasional Dayak Sarawak (SDNU), Kelab Seni dan Budaya Tradisional Dayak (Kemada), Dayak Bukit Kelingkang (DBK) dan Terabai Menua, membuat laporan terhadap Ryzal di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam.

Pengerusi Persatuan Budaya dan Kesenian Tajai Sarawak, Themotty Jagak mengatakan penghinaan Ryzal terhadap pakaian tradisional Iban yang dipakai oleh isterinya dari Korea dalam sebuah video yang dimuat naiknya di dalam story Instagram sebelum ini walaupun sudah dihapus ia telah dilihat oleh pengikutnya dan diedarkan di seluruh media sosial.

“Kita tidak boleh memaafkannya dan membiarkannya lepas begitu sahaja. Bagaimana jika lain kali, orang lain juga akan menghina kita atau pakaian kita lagi? Pakaian tradisional kita tidak boleh dihina dan diejek. Kami mahu tindakan diambil terhadapnya, ”katanya.

Themotty khuatir jika tiada tindakan tegas, perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti itu akan menjadi trend dan lebih ramai orang di luar sana akan terikut-ikut menghina pakaian tradisional sesiapa pun.

Buat Jenaka Hina Pakaian Tradisi Iban, Lima Organisasi Dayak Enggan Maafkan Influencer Ryzal Ibrahim

Walaupun ada laporan polis yang telah dibuat

Dia mengatakan walaupun ada laporan polis yang telah dibuat, perkara tersebut juga harus dilaporkan kepada Suhakam agar pihak berwajib dapat memperhatikan masalah ini.

“Kami amatlah terluka dengan penghinaan ini,” katanya.

Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga pertuturan kita di akaun media sosial mahupun di dalam kehidupan seharian. Isu adat tradisi kaum masing-masing bukanlah perkara yang boleh digurau senda tanpa memikirkan sensitiviti kaum tersebut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Perdana Menteri Umum PKP Total Lockdown Bermula Selasa Depan
Next Article Gabungkan Nombor Dari Mimpi Dan Plat Kenderaan Bapa, Dua Beranak Dari Sarawak Raih Jackpot RM21.46 Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?