• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buaya Seberat 800kg Dijumpai Di Belakang Sekolah Rendah Terpaksa Dimatikan Akibat Cedera Parah

Oleh
Husna Hazmi
13 November 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Buaya sesat yang seberat 800kg terpaksa dimatikan akibat cedera parah oleh tembakan.

Buaya Seberat 800kg Dijumpai Di Belakang Sekolah Rendah Terpaksa Dimatikan Akibat Cedera Parah. Buaya seberat 800 kilogram yang dijumpai sesat di dalam longkang di belakang sebuah sekolah di Limbang terpaksa dimatikan kerana ianya mengalami keederaan yang parah akibat ditembak orang awam.

Isi Isi Penting
  • Buaya sesat yang seberat 800kg terpaksa dimatikan akibat cedera parah oleh tembakan.
  • Tidak sepatutnya dibunuh
  • Spesies yang terlindung
  • Reptilia tersebut telah dimatikan

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC) melahirkan perasaan hampa kerana kurangnya kesedaran masyarakat kerana membunuh spesies terlindung di negeri ini.

Buaya Seberat 800kg Dijumpai Di Belakang Sekolah Rendah Terpaksa Dimatikan Akibat Cedera Parah. kredit gambar:@inforoadblockjpjpolis
Buaya Seberat 800kg Dijumpai Di Belakang Sekolah Rendah Terpaksa Dimatikan Akibat Cedera Parah. kredit gambar:@inforoadblockjpjpolis

Tidak sepatutnya dibunuh

Beliau yang juga merupakan Kontroler Hidupan Liar SFC berkata, buaya yang dijumpai di dalam longkang tersebut tidak sepatutnya dibunuh seperti termaktub di dalam Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998.

“Mereka harus memastikan buaya berkenaan tidak melarikan diri dan seterusnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya diambil.

Spesies yang terlindung

“Pihak kami tidak mahu ianya menjadi kebiasaan di mana orang ramai akan membunuh spesies yang terlindungi dan melaporkannya sebagai membahayakan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pihak SFC juga turut mengingatkan orang ramai yang tinggal berhampiran sungai untuk sentiasa berwaspada agar tidak mengambil tindakan sendiri kerana reptilia ini amat merbahaya.

Pada Selasa, Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC Miri yang dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada pihak Bomba, mendapati buaya itu telah ditembak dan tercedera.

kredit gambar:@inforoadblockjpjpolis
kredit gambar:@inforoadblockjpjpolis

Reptilia tersebut telah dimatikan

Reptilia tersebut telah dimatikan dan ditanam di dalam sebuah lokasi yang tidak dinamakan.

Sampel haiwan tersebut juga telah diambil untuk siasatan lanjut dan rangkanya akan dikumpul selepas buaya berkenaan mulai mereput. SFC sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian menembak buaya berkenaan.

Orang ramai adalah digalakkan untuk melaporkan kejadian sedemikian ke pejabat SFC terdekat ke  talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019-8290994 (Miri).

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Next Article Diskaun Bil Elektrik Akan Diteruskan Sehingga Disember Diskaun Bil Elektrik Akan Diteruskan Sehingga Disember

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?