• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Budak Lelaki Autisme Hilang Di Batu Kitang, Ditemui Lemas Di Sungai Berhampiran

Oleh
Husna Hazmi
15 April 2023
Kongsi
1 Min Bacaan

Mayat telah ditemui oleh anggota penyelamat.

Budak Lelaki Autisme Hilang Di Batu Kitang, Ditemui Lemas Di Sungai Berhampiran. Dilaporkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki autisme yang hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang semalam telah ditemui lemas di sungai berhampiran pada jam 12.15 tengah hari, hari ini.

Mangsa, Andrine Johnnes Anne berusia 7 tahun yang selama ini tidak dibenarkan keluar dari rumah dikatakan mungkin keluar melalui pintu belakang yang menghadap kawasan hutan berdekatan.

Budak Lelaki Autisme Hilang Di Batu Kitang, Ditemui Lemas Di Sungai Berhampiran
Budak Lelaki Autisme Hilang Di Batu Kitang, Ditemui Lemas Di Sungai Berhampiran. Sumber foto: The Borneo Post

Pihak penyelamat bergegas ke lokasi kejadian mencari mangsa

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa sekitar jam 9.13 malam, semalam.

Menurut ahli keluarga mangsa, mangsa disedari telah hilang pada jam 2.30 petang dan terdapat saksi mengatakan ada melihat kanak kanak itu dengan kali terakhir memakai baju merah dan masih mengunakan lampin tanpa berkasut serta tanpa selipar.

Mayat telah ditemui anggota penyelamat di sungai berhampiran rumah mangsa. Mayat Andrine kini sudah dibawa ke bilik mayat Hospital Bau untuk tindakan yang selanjutnya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Didakwa Kena Rompak Tepi Jalan, Remaja OKU Penjual Air Tebu Di Demak Ini Raih Simpati Netizen
Gian Pamer Kemaluan Di Padawan, Lelaki Ini Berjaya Ditangkap Pihak Polis
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Makan Kek Lapis Macam Makan Sandwich, Mat Salleh Ini Cuba Kek Lapis Sarawak Buat Kali Pertama
Next Article Yang Ditunggu-Tunggu, Trafik Lebuhraya Intan Kuching- Samarahan Kini Sudah Mula Beroperasi Yang Ditunggu-Tunggu, Trafik Lebuhraya Intan Kuching- Samarahan Kini Sudah Mula Beroperasi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?