• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Buka Cawangan Pertama Di Vivacity Kuching, Nikmati Dessert Premium Dari Rollney

Oleh
Aina Musa
24 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Buka Cawangan Pertama Di Vivacity Kuching, Nikmati Dessert Premium Dari Rollney

Pencuci mulut terkenal di Hungary

Buka Cawangan Pertama Di Vivacity Kuching, Nikmati Dessert Premium Dari Rollney. Rollney merupakan sebuah kedai pastri yang menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut tradisional dari Hungary. Jika anda ingin merasai pastri atau kek yang istimewa dan sedikit berbeza daripada yang biasa kedai-kedai lain, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu unik yang terdapat di Rollney ini!

Mula beroperasi pada tahun 2019, pengasas Rollney telah membuka cawangan pertamanya di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Rollney tidak mengguna kon wafel tradisional untuk menghidangkan ais krim mereka, sebaliknya mereka menawarkan pastri Hungary yang unik seperti roti yang mempunyai bentuk silinder berongga dan dibakar selepas dipesan oleh pelanggan.

Buka Cawangan Pertama Di Vivacity Kuching, Nikmati Dessert Premium Dari Rollney
Buka Cawangan Pertama Di Vivacity Kuching, Nikmati Dessert Premium Dari Rollney. Kredit: Siaw Nee

Rangup di luar dengan lembut, gebu di dalam, setiap kon didatangkan lengkap dengan pilihan rasa aiskrim lembut yang berubah setiap dua minggu.

Buka Cawangan Pertama Di Vivacity Kuching, Nikmati Dessert Premium Dari Rollney

Jangan lupa cuba Kurtoskalacs

Selain itu, Rollney juga mengetengahkan Kurtoskalacs sebagai bintang utama dalam menu mereka. Anda boleh dapati Kurtos yang didatangkan dalam beberapa perasa seperti original kayu manis, coklat, kacang dan Nutella almond, ataupun dalam bentuk jejari atau fries. Di mana Kurtos tadi dipotong kecil-kecil dan dihidang bersama sos celupan.

Salah satu menu istimewa mereka juga ialah Ais Krim Emas Rollney 24K yang menampilkan mutiara keemasan, kepingan emas 24K yang boleh dimakan, dan taburan serbuk emas sebagai topping. Rupa dan rasa yang mewah!

Premium kerana menu Ais Krim Emas Rollney 24K

Selain dari makanan dan dessert berunsurkan Kurtos, mereka juga menyediakan minuman Frappe. Terdapat 4 jenis frappe iaitu Lotus Heaven, Royale Chocolate, Cookies & Cream dan Chocolate Peanut yang boleh anda pilih.

Jika anda teringin sekali untuk mencuba sendiri dessert yang unik dari Hungary ini, pastikan anda kunjungi ke cawangan pertamanya di Vivacity Kuching.

Dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam jangan lupa dapatkan dessert menarik dari Rollney ini di tingkat 3 bangunan Vivacity.

Lagi tempat makan menarik di Vivacity:

Teringin Nasi ‘Pengilan’, Kukus Nasi Minyak Hidang Menu Kenduri Di Vivacity Kuching
Godiva Kini Buka Cawangan Kedua Di Sarawak, Bertapak Di Vivacity Megamall
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cuti Beramai-Ramai, Nikmati Percutian Santai Di Nuluhon Garden Retreat House Inanam Cuti Beramai-Ramai, Nikmati Percutian Santai Di Nuluhon Garden Retreat House Inanam
Next Article Lagi Cawangan Baru Di Kuching, Kini Rotiboy Dibuka Di Everrise Metrocity

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?