• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bukan Lagi 2 Entiti Berasingan, Celcom Dan Digi Bakal Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad

Oleh
Ismail NA
8 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Syarikat baharu ini bakal jadi penyedia telekomunikasi terbesar di Malaysia

Bukan Lagi 2 Entiti Berasingan, Celcom Dan Digi Bakal Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad. Ini pastinya berita besar buat pengguna telko Celcom dan Digi di Malaysia. Menerusi sebuah kenyataan rasmi syarikat telekomunikasi gergasi yang berasal dari Norway, Telenor Group, mereka mengumumkan akan meneruskan perbincangan lebih lanjut dengan Axiata Group Berhad (Axiata) yang dimiliki oleh Malaysia untuk potensi penggabungan dua telko milik mereka iaitu Digi dan Celcom.

Isi Isi Penting
  • Syarikat baharu ini bakal jadi penyedia telekomunikasi terbesar di Malaysia
  • Penggabungan ini bakal menguatkan lagi kehadiran kumpulan Telenor di Asia
  • Penggabungan syarikat dalam industri telko bukan perkara baharu
  • Ini pula cara untuk buat aduan ke SKMM sekiranya liputan internet anda lemah;

Dengan penggabungan ini kelak, kedua-dua pihak dikhabarkan akan mempunyai saham pemilikan yang sama iaitu masing-masing sebanyak 33.1%. Syarikat baharu ini bakal diberi nama Celcom Digi Berhad. Celcom Digi yang bakal bergabung ini juga dijangka akan menjadi penyedia servis telekomunikasi terbesar di Malaysia sekaligus menyediakan capaian dan keperluan rangkaian rakyat Malaysia yang kini dalam transisi masyarakat digital.

Celcom Digi Berhad ini bakal diterajui oleh Dato’ Izzaddin Idris sebagai Pengerusi, Jørgen C. Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi, Idham Nawawi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), serta Albern Murty sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Bukan Lagi 2 Entiti Berasingan, Celcom Dan Digi Bakal Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad
Bukan Lagi 2 Entiti Berasingan, Celcom Dan Digi Bakal Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad

Matlamat utama penggabungan ini juga adalah untuk menjadi penyedia telekomunikasi utama di Malaysia dengan keupayaan untuk memacu penyelidikan dan inovasi, serta menjadi platform untuk memecut pertumbuhan ekonomi digital dalam ekosistem tempatan.

Penggabungan ini bakal menguatkan lagi kehadiran kumpulan Telenor di Asia

Menurut Ketua Telenor Asia dan juga Timbalan Presidennya, Jørgen C. Arentz Rostrup, penggabungan ini bakal menguatkan lagi kehadiran kumpulan Telenor di Asia dan mencipta nilai di rantau ini. Kerjasama bersama Axiata akan mengukuhkan lagi potensi yang bakal dimiliki oleh syarikat baharu ini. Kumpulan Telenor ini memegang 49% saham dalam syarikat DiGi.com. Bhd.

Oleh yang demikian, Telenor dan Axiata kini sedang dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan transaksi yang dibentangkan dalam suku kedua tahun 2021 menerusi selepas menjalani proses ketekunan wajar (due diligence). Syarikat baharu ini juga akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia.

Bukan Lagi 2 Entiti Berasingan, Celcom Dan Digi Bakal Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad

Penggabungan syarikat dalam industri telko bukan perkara baharu

Penggabungan syarikat dalam industri telko ini bukanlah sesuatu yang baharu menurut sebuah laman portal ekonomi, The Edge Markets. Ia berikutan landskap operasi yang sangat kompetitif, jurang keuntungan yang sangat tipis dan perbelanjaan kapital yang begitu besar sehingga menjejaskan dividen pemegang saham. Langkah penggabungan akan memperbaiki skala ekonomi dan berupaya mengagihkan beban pelaburan serta kos tetap yang tinggi.

Agak-agak apa jadi ya kalau Celcom Digi ini bergabung? Kita tunggu dan lihat.

Ini pula cara untuk buat aduan ke SKMM sekiranya liputan internet anda lemah;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Indeks Kluster Belacon Di Lahad Datu Dipercayai Dijangkiti Dari Orang Lain Ketika Di Gereja Kes Indeks Kluster Belacon Di Lahad Datu Dipercayai Dijangkiti Dari Orang Lain Ketika Di Gereja
Next Article TERKINI : PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 26 April Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?