Insurans Perlindungan Kesihatan Percuma Oleh Kerajaan
Bukan Penerima BSH? Anda Juga Layak Memohon Insurans Percuma MySalam. Insurans percuma MySalam merupakan insurans perlindungan kesihatan yang telah disediakan oleh kerajaan sebelum ini untuk golongan B40 atau penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Namun demikian, di bawah Belanjawan 2020, skim insurans percuma ini telah diperluaskan kepada golongan M40 yang berusia 18 hingga 65 tahun serta mempunyai pendapatan di bawah RM 100K setahun. Wow!
Apakah Manfaat Yang Anda Perolehi Sekiranya Anda Dilindungi Di Bawah Skim Insurans Ini?
Bagi penerima bantuan BSH ;
- Menerima pampasan sebanyak RM 8,000 sekali seumur hidup sekiranya didiagnos dengan salah satu 45 penyakit kritikal yang disenaraikan.
- Elaun hospitalisasi sebanyak RM 50 untuk maksimum 14 hari.
Bagi bukan penerima bantuan BSH ;
- Menerima pampasan sebanyak RM 4,000 sekali seumur hidup sekiranya didiagnos dengan salah satu 45 penyakit kritikal yang disenaraikan.
- Elaun hospitalisasi sebanyak RM 50 untuk maksimum 14 hari.
Pesakit COVID-19 Yang Berdaftar Layak Dapat Elaun Hospitalisasi Dan Bayaran Penyakit Kritikal
Bukan itu sahaja, sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19, anda juga layak menuntut elaun hopitalisasi seperti yang dinyatakan. Tambahan, jika anda mengalami komplikasi seperti yang tersenarai dalam 45 jenis penyakit kritikal akibat jangkitan COVID-19, anda juga layak menuntut bayaran penyakit kritikal.
Skim perlindungan insurans ini terpakai untuk hospitalisasi di semua hospital kerajaan yang disenaraikan.
Tak Perlu Bayar Beratus Ringgit, Daftar Percuma Sahaja
Kebiasaannya, anda perlu membayar premium beratus ringgit setiap bulan untuk insurans perlindungan kesihatan. Jadi, amatlah rugi sekiranya anda tidak merebut peluang percuma ini untuk perlindungan diri anda. Apatah lagi sekarang ia bukan sahaja merangkumi golongan B40, tetapi juga M40. Tidak kisahlah sama ada anda bujang mahu pun sudah berkahwin, anda layak untuk mendapatkan insurans percuma ini!
Daftar sekarang di laman sesawang www.mysalam.com.my
Khabarnya hari ini ialah hari terakhir pendaftaran. Apa tunggu lagi?