• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bukan Sebab VIP, TGV Jelas Isu Tayangan Batman Diulang Semula Kerana Masalah Komunikasi

Oleh
ILB - AI
7 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pihak TGV telah mengeluarkan kenyataan rasmi atas insiden tersebut.

Bukan Sebab VIP, TGV Jelas Isu Tayangan Batman Diulang Semula Kerana Masalah Komunikasi. Pihak TGV hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk menjelaskan isu Tayangan Batman di Vivacity Kuching yang dikatakan dimulakan semula selepas 45 minit kerana ada VIP memasuki dewan tayangan tersebut.

Bukan Sebab VIP, TGV Jelas Isu Tayangan Batman Diulang Semula Kerana Masalah Komunikasi
Bukan Sebab VIP, TGV Jelas Isu Tayangan Batman Diulang Semula Kerana Masalah Komunikasi

Mengalami masalah teknikal

Menurut pihak TGV, selepas meneliti insiden tersebut secara lebih mendalam, mereka mendapati bahawa Panggung IMAX yang teletak di premis mereka mengalami masalah teknikal. Masalah teknikal tersebut juga pada awalnya telah menyebabkan tayangan di Panggung IMAX mereka dilewatkan pada sesi pagi dan juga tengah hari pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun kerana masalah komunikasi, tular berita di media sosial gara-gara pelanggan VIP lambat sampai, TGV terpaksa ulang semula tayangan movie Batman setelah 45 minit dimainkan.

Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak TGV itu, mereka menjelaskan bahawa perkara ini berlaku kerana masalah teknikal dan berita tular tersebut hanyalah salah faham diantara para pekerja di TGV tersebut.

Bukan Sebab VIP, TGV Jelas Isu Tayangan Batman Diulang Semula Kerana Masalah Komunikasi

Berlakunya salah faham

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TGV, seramai 20% pelanggan telah memasuki panggung itu manakala 80% lagi diarah untuk menunggu di luar kerana berlakunya salah faham diantara staff TGV mengenai isu teknikal di panggung IMAX tersebut.

Oleh kerana salah faham tersebut, mereka telah memutuskan untuk mengulang semula tayangan filem Batman walaupun ianya telah dimainkan selama 45 minit. Hal ini telah membuat pelanggan tidak puas hati dan membawa kepada salah faham di antara netizen pula.

Pihak TGV juga telah memohon maaf sekali lagi dan mereka berkata bahawa perkara ini akan menjadi pengajaran dan tidak akan berulang semula. Oleh itu, pihak TGV telah mengesahkan bahawa tayangan tersebut tidak diberhentikan kerana ketibaan VIP, ia adalah gara-gara salah faham dan juga isu teknikal.

Pihak TGV juga akan memulangkan wang penonton yang terjejas dan juga akan memberikan 2 tiket percuma kepada mereka.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ditutup Untuk Renovasi Sejak Setahun Lalu, Pawagam Tunggal Di Labuan Akhirnya Dibuka Semula Bulan Ini
Next Article Pelajar IPT Dari Keluarga B40 Layak Mohon Tablet Percuma Bermula April Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?