Bunuh 42 wanita selama 11 tahun, akhirnya Suradij terima balasan atas kesalahannya.
Sanggup Bunuh Wanita Untuk Ilmu Hitam, Ini Kisah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Indonesia. Tahukah anda, perbuatan Ahmad Suradji suatu ketika dahulu sudah cukup menggemparkan satu dunia. Ini kerana, gelaran dukun yang dimilikinya bukan sahaja menggambarkan perlakuan membantu pesakit yang berkehendak ingin berubat.
Sebaliknya, dia telah membunuh sebanyak 42 mangsa dan kesemua mangsanya adalah wanita. Orang di Kampung Suradji pula beranggapan bahawa Suradji telah meragut nyawa lebih ramai wanita daripada apa yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
Ahmad Suradji atau nama asalnya, Nasib dilahirkan di Medan, Indonesia
Ahmad Suradji atau nama asalnya, Nasib dilahirkan pada 10 Januari 1949 di Medan, Indonesia. Difahamkan bahawa Suradji telah lama mempelajari ilmu hitam sejak berusia 12 tahun lagi. Ini kerana, bapanya merupakan seorang dukun di kampung kediamannya.
Kehidupan peribadi Ahmad Suradji juga mencetuskan pelbagai kontroversi. Dia telah berkahwin dengan tiga orang isteri iaitu Tumini, Tuminah dan Ngatiyah. Apa yang menghairankan adalah ketiga-tiga wanita itu merupakan adik-beradik.
Ketika Suradji berusia 20 tahun, dia menjadi semakin serius untuk mendalami ilmu kedukunan sehingga dia berusia 36 tahun, Suradji mendakwa bahawa dia pernah bermimpi didatangi oleh arwah bapanya. Di dalam mimpinya itu, seolah-olah petunjuk yang mengarahkannya supaya membunuh seramai 70 orang wanita dan meminum air liur mereka sebagai cara untuk menyempurnakan ilmu hitamnya.
Daripada peristiwa itulah, Suradji mula menjadi pembunuh bersiri. Mangsa yang telah dibunuh oleh dukun kejam ini adalah wanita dari usia seawal 17 tahun hingga 40 tahun. Oleh kerana Suradji terkenal sebagai dukun hebat oleh masyarakat setempat, maka dia tidak perlu bersusah payah untuk mencari mangsanya. Kebanyakan pelanggan yang menemuinya untuk mendapatkan bantuan daripada adalah wanita.
Ramai golongan wanita percaya bahawa Suradji mampu membantu mereka
Hal ini kerana, ramai di antara golongan wanita percaya bahawa Suradji mampu membantu mereka supaya kelihatan lebih sihat, cantik, kaya dan sebagainya. Namun demikian, sebelum bertindak membunuh pelanggannya, dia akan mengaut keuntungan terlebih dahulu dengan mengenakan caj yang mahal iaitu antara RM1,000-1,200. Setelah itu, dia akan mengumpan mangsa ke ladang tebu berhampiran kawasan rumahnya.
Cara Suradji membunuh para gadis yang malang ini adalah dengan menanam mangsa sehingga paras pinggang lalu mencekik mangsa menggunakan wayar sehingga meninggal dunia. Air liur yang merembes keluar dari mulut mangsa akan ditadah dan disimpan dalam satu bekas sebagai minumannya. Tidak cukup dengan itu, bahagian wajah kesemua mangsanya akan dihadapkan ke arah rumah agar ilmu hitamnya semakin kuat.
Sekiranya dia tidak didatangi oleh mana-mana wanita untuk menjadi pelanggan ilmu kedukunannya, Suradji akan keluar mencari pelacur untuk dijadikan sebagai mangsanya. Pembunuhan yang dijalankan oleh Suradji selama 11 tahun ini berakhir apabila mayat seorang gadis ditemukan oleh penduduk setempat. Memandangkan mangsa baru sahaja tiga hari dibunuh, identiti dan rupa mayat masih boleh dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
Sri Kemala Dewi yang berusia 21 tahun
Menurut pihak berkuasa, gadis tersebut dikenali sebagai Sri Kemala Dewi yang berusia 21 tahun. Penemuan mayat gadis berkenaan seterusnya membawa kepada pembongkaran dalang di sebalik kejadian yang menggemparkan seluruh dunia ini.
Rahsia terbongkar apabila mangsa pernah meminta seorang penarik beca untuk membawanya ke rumah Suradji dan berpesan agar merahsiakan perkara tersebut. Menyedari berita penemuan mayat gadis ini, penarik beca bernama Andreas segera memaklumkan pihak polis bahawa dia pernah menghantar Dewi ke rumah Suradji.
Kedatangan pihak berkuasa ke kediaman Suradji pada awalnya tidak menemukan sebarang kemusykilan atau pengakuan daripada dukun itu. Namun, setelah pihak polis menggeledah rumahnya, terdapat banyak barangan milik Dewi dan mangsa-mangsa lain ditemukan.
Suradji akhirnya didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan paling kejam di Indonesia
Perbicaraan ke atas Ahmad Suradji bermula pada 21 Disember 1997. Ahmad Suradji akhirnya didapati bersalah pada tahun 1998 oleh pihak mahkamah kerana melakukan pembunuhan paling kejam di Indonesia. Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap dukun tersebut.
Sebelum menjalani hukuman mati, Ahmad Suradji dipenjarakan selama 10 tahun. Sepanjang terkurung di dalam tempat tersebut, dia dikhabarkan telah bertaubat dan mendalami ilmu agama. Pada 10 Julai 2008, Suradji akhirnya dihukum bunuh oleh pasukan penembak. Demikian berakhirlah kisah Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam Yang Paling Kejam di Indonesia.