• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Burung Hantu Spesies Sangat Rare Ditemui Di Sabah Setelah 125 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
19 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Burung Hantu tersebut ditemui di kawasan hutan di Gunung Kinabalu, Sabah.

Burung Hantu Spesies Sangat Rare Ditemui Di Sabah Setelah 125 Tahun. Dipetik daripada laporan Astro Awani, buat pertama kalinya, dalam tempoh 125 tahun, para saintis telah berjaya mengesan subspesies burung hantu scops di kawasan hutan di Gunung Kinabalu.

Isi Isi Penting
  • Burung Hantu tersebut ditemui di kawasan hutan di Gunung Kinabalu, Sabah.
  • Penemuan semula burung hantu Bornean Rajah yang bermata oren
  • Burung hantu yang kelihatan aneh dan bermata oren
  • Tidak banyak yang diketahui mengenai Otus brookii brookii
Burung Hantu Spesies Sangat Rare Ditemui Di Sabah Setelah 125 Tahun
Burung Hantu Spesies Sangat Rare Ditemui Di Sabah Setelah 125 Tahun. Ini adalah gambar Otus brookii brookii yang ditemui di Sabah

Penemuan semula burung hantu Bornean Rajah yang bermata oren

Memetik laporan portal berita antarabangsa, para penyelidik dari Smithsonian Migratory Bird Center, Washington mengumumkan penemuan semula burung hantu Bornean Rajah yang bermata oren dengan nama saintifik Otus brookii brookii itu adalah pada bulan lalu.

Penemuan tersebut disiarkan dalam Wilson Journal of Ornithology, yang turut disertakan dengan beberapa keping gambar.

Burung hantu scops merujuk kepada spesies biasa dalam keluarga Strigidae, dan ditemui di benua Asia serta Afrika. Ia lazimnya berwarna tanah atau keperangan untuk memudahkan ianya menyamar di batang pokok.

Walaupun hampir semua elemen asas ekologi spesies berkenaan seperti suara, biologi pembiakan dan populasi tidak diketahui, corak filogeografi burung itu di Borneo dan Sumatera, serta corak pada bulu membuktikan ia layak mendapat klasifikasi spesies yang khusus.

Burung Hantu Spesies Sangat Rare Ditemui Di Sabah Setelah 125 Tahun

Burung hantu yang kelihatan aneh dan bermata oren

Menurut Science Direct, filogeografi adalah bidang kajian yang berfungsi untuk memahami hubungan antara genotip individu dalam spesies atau sekumpulan spesies yang berkait rapat dan menghubungkannya dengan taburan spesies atau kumpulan.

Dengan cara itu, para saintis dapat menelusuri sejarah biogeografi populasi infraspesifik dan lebih memahami faktor lain seperti aliran genetik dan aspek kolonisasi.

Dalam temu bual dengan majalah Smithsonian, penulis kajian, Andy Boyce memaklumkan penemuan semula spesis tersebut di Sabah adalah pada tahun 2016, berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor masa yang sesuai.

Bird Owl GIF

Boyce berada di sana untuk satu projek bersama University of Montana, ketika menerima maklumat tentang burung hantu yang kelihatan aneh dan bermata oren.

“Sekiranya kita tidak mendokumentasikannya pada waktu itu, ia akan ‘hilang’ lagi dan siapa tahu berapa lama ia akan ditemui semula,” kata Boyce kepada majalah berkenaan.

Saiz burung tersebut dilaporkan sekitar seperempat lebih besar daripada burung hantu biasa yang berasal dari wilayah ini dan mempunyai bulu berwarna kelabu, hitam dan coklat gelap.

Burung Hantu Spesies Sangat Rare Ditemui Di Sabah Setelah 125 Tahun

Tidak banyak yang diketahui mengenai Otus brookii brookii

Tidak banyak yang diketahui mengenai Otus brookii brookii, termasuk lokasi habitat utamanya, namun Boyce percaya burung berkenaan tidak dilihat sejak sekian lama kerana kepadatan penduduk di kawasan terbabit yang rendah.

“Ini mengingatkan kita sebagai manusia, dan sebagai saintis, ada banyak perkara dalam dunia ini yang kita belum temui dan fahami.

“Kami menemui banyak perkara baharu setiap hari dan ia masih satu kejutan untuk kami,” kata Boyce.

Menurut badan sains dan alam sekitar, Mongabay, status pemuliharaan Rajah scops-owl kini disenaraikan sebagai yang paling tidak mendapat perhatian dalam Daftar Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Ia juga menyatakan bahawa kawasan hutan di Malaysia semakin terjejas dengan perubahan iklim.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Dengan Isteri, Bapa Cekik Anak Berumur 5 Tahun Sebelum Bagi Minum Racun
Next Article VIP Potong Barisan Vaksin OKU Di Kuching, Uggah Minta Maaf

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?