• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cabul Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun, Lelaki Terima Hukuman Setimpal Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
14 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh dikenakan penjara 12 tahun atas kesalahan tersebut.

Cabul Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun, Lelaki Terima Hukuman Setimpal Di Kuching. Dipetik daripada Utusan Borneo, seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak mencabul kanak-kanak perempuan 11 tahun dengan mencium pipi, meraba buah dada, menyentuh kemaluan dan memeluk mangsa.

Isi Isi Penting
  • Tertuduh dikenakan penjara 12 tahun atas kesalahan tersebut.
  • Tertuduh mengaku bersalah
  • Tertuduh merupakan kenalan kepada mangsa
  • Dijatuhkan hukuman setimpal
Cabul Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun, Lelaki Terima Hukuman Setimpal Di Kuching
Cabul Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun, Lelaki Terima Hukuman Setimpal Di Kuching

Tertuduh mengaku bersalah

Tertuduh mengaku bersalah sebaik sahaja tiga pertuduhan masing-masing dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 14 Akta sama, dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Seksyen berkenaan telah memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan seabatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam tiga kejadian berasingan, masing-masing pada 28 September 2021, 30 September 2021 dan 3 Oktober 2021, antara jam 12 tengah malam dan 1 pagi, di sebuah rumah di Matang, Kuching. 

Cabul Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun, Lelaki Terima Hukuman Setimpal Di Kuching
Kredit gambar: Utusan Borneo

Tertuduh merupakan kenalan kepada mangsa

Menurut keterangan kes, ibu mangsa mendapat tahu anak perempuannya telah dicabul oleh tertuduh lalu membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 15 Oktober 2021. 

Difahamkan bahawa, tertuduh merupakan kenalan kepada mangsa. 

Sebelum dijatuhkan hukuman tersebut, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memaklumkan dia merupakan seorang duda anak satu dan merayu agar tidak dikenakan hukuman berat atas alasan dia merupakan pencari nafkah tunggal bagi keluarganya. 

Tertuduh yang bekerja sendiri itu juga menyatakan dia menyesali perbuatan berkenaan serta berjanji untuk tidak mengulanginya.

Cabul Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun, Lelaki Terima Hukuman Setimpal Di Kuching

Dijatuhkan hukuman setimpal

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Md Syafique Md Hilmie bagaimanapun memohon agar tertuduh dijatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira tahap serius kesalahan yang dilakukan, kepentingan awam dan mengambil kira bahawa mangsa merupakan kanak-kanak.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa, hukuman berat seperti ini akan memastikan tertuduh tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Di samping itu, DPP Md Syafique juga memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman secara berturutan susulan kesalahan dilakukan tertuduh dalam tiga kejadian berasingan.

Oleh itu, Hakim Maris Agan menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya. Maris juga memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berturutan berkuatkuasa hari ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Dari 307 Kepada 562 Seminggu
Next Article Lagi Situasi Murid Hadapi Bahaya Di Sabah, Kali Ini Bersesak Atas Bot Tanpa Jaket Keselamatan Lagi Situasi Murid Hadapi Bahaya Di Sabah, Kali Ini Bersesak Atas Bot Tanpa Jaket Keselamatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?