Bukan clickbait, memang betul-betul ada.
Ini Cara Tempah Vila Mewah 2 Malam Berharga RM100, Siap Dapat Jumpa DOLLA. Bayangkan satu pengalaman sambutan Raya yang unik – Anda bersama sembilan rakan atau ahli keluarga menikmati penginapan selama dua malam di sebuah vila mewah dengan pemandangan pergunungan yang indah. Vila ini dilengkapi kolam renang peribadi, kemudahan barbeku, dan set karaoke untuk melengkapkan percutian anda.
Tambah lagi – Anda akan disambut mesra, makan semeja, dan dilayan dengan persembahan akustik eksklusif oleh DOLLA di rumah berkenaan. Ya, the DOLLA! 💖

Sekarang, bahagian paling tak masuk akal – Keseluruhan pakej impian ini – penginapan mewah 2 malam untuk 10 orang, sesi intim dengan DOLLA – hanya berharga RM100. Bukan seorang, tapi untuk keseluruhan group anda. Seratus Ringgit jak yarabbi! 🤯
Ini bukan clickbait, ini adalah realiti yang dibawakan oleh Airbnb melalui kempen Rumah Terbuka Riangnya Raya tahunan mereka, kali ini dengan kolaborasi epik bersama girl group sensasi Malaysia, DOLLA.
Apa Yang Ditawarkan Dalam Pakej Eksklusif Ini?
Ini bukan sekadar penginapan biasa. Pemenang bertuah yang berjaya mendapatkan tawaran ini akan menerima pakej pengalaman yang komprehensif:
- Sambutan Peribadi oleh DOLLA: Tetamu akan dialu-alukan secara peribadi oleh ahli kumpulan DOLLA (Sabronzo, Angel dan Tabby) setibanya di lokasi.
- Jamuan Raya Intim: Menikmati hidangan Raya bersama ahli DOLLA dalam suasana yang lebih peribadi dan mesra.
- Persembahan Akustik Eksklusif: Saksikan DOLLA mempersembahkan beberapa lagu popular mereka secara akustik, khusus untuk tetamu yang hadir.
- Sesi Soal Jawab Langsung: Peluang untuk berinteraksi dan bertanya soalan kepada DOLLA mengenai inspirasi dan proses kreatif mereka.
- Penginapan Dua Malam di Vila Mewah: Bermalam dari 3 hingga 5 Mei 2025 di Brickhouse, Bukit Tinggi. Penginapan ini merangkumi dua unit vila, kolam renang peribadi, kawasan barbeku, kemudahan karaoke, serta pemandangan pergunungan dan dusun durian yang menenangkan.


Menurut DOLLA, “Raya merupakan waktu yang sangat istimewa. Kami teruja bekerjasama dengan Airbnb untuk menganjurkan rumah terbuka ini dan beraya dengan para peminat dalam cara yang lebih peribadi dan tulus.” Inisiatif ini bertujuan mengeratkan hubungan dalam semangat perayaan Aidilfitri.
“Raya adalah waktu untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan bersama insan tersayang, di ruang yang terasa seperti di rumah sendiri,” kata Ketua Negara Airbnb bagi India dan Asia Tenggara, Amanpreet Bajaj. “Kami amat teruja dapat berganding tangan dengan DOLLA untuk membawa orang ramai bersama melalui sambutan istimewa ini, dalam semangat Malaysia yang sebenar.”
Bagaimana Cara Mendapatkan Tawaran Ini?
Peluang unik ini ditawarkan berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”. Berikut adalah langkah-langkah untuk merebut peluang ini:
- Layari Laman Web: Bersedia di laman http://airbnb.com/rayawithdolla
- Masa dan Tarikh Tempahan: Tempahan akan dibuka tepat pada jam 11:00 pagi, hari Jumaat, 25 April 2025.
- Harga: RM100 (tidak termasuk cukai dan caj perkhidmatan Airbnb).
- Terhad: Hanya SATU tempahan akan diterima untuk keseluruhan pakej ini, yang membolehkan pemenang membawa sehingga SEMBILAN tetamu lain.
- **Nota Penting: Tetamu bertanggungjawab menguruskan sendiri urusan perjalanan pergi dan balik ke lokasi penginapan di Bentong, Pahang.



BONUS: Siaran Langsung Untuk Semua Peminat DOLLA
Bagi peminat yang tidak berpeluang mendapatkan tempahan ini, persembahan akustik dan sesi soal jawab bersama DOLLA akan disiarkan secara langsung (live stream) melalui akaun TikTok rasmi kumpulan itu (@dollaofficial). Ini membolehkan lebih ramai peminat turut serta merasai kemeriahan dari lokasi masing-masing.
Peluang Sekali Seumur Hidup? Mungkin Juga.
Seriuslah, bila lagi nak dapat peluang staycation mewah dekat vila atas bukit dengan kolam renang peribadi, boleh bawa 9 kawan atau ahli keluarga, serta sesi meet & greet yang intim dengan artis macam DOLLA, semuanya dengan harga RM100 sahaja? Ini memang definisi rare opportunity yang sebenar. Kalau anda jadi orang bertuah dari Sabah atau Sarawak, memang ianya akan menjadi pengalaman sambutan Raya yang pastinya sukar dilupakan.
Jadi, set reminder anda, pastikan internet laju, dan bersedia untuk jadi yang terpantas pada 25 April nanti. Ini mungkin penutup Raya yang paling legend dan epik dalam hidup anda!
Nota: Semua kediaman yang disebutkan adalah untuk tujuan inspirasi semata-mata. Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong mana-mana penyenaraian khusus di platform Airbnb.

