fbpx
Cerita Borneo

115 PUI Terbaru, 5 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 50 Kes Positif Keseluruhan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

115 PUI Terbaru, 5 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 50 Kes Keseluruhan. Sarawak terus mencatatkan pertambahan kes positif COVID19 dengan pertambahan 5 lagi kes hari ini menurut siaran media rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak.

115 PUI Terbaru, 5 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 50 Kes Positif Keseluruhan

2 kes positif dicatatkan masing masing di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu. Manakala 1 kes positif kini sudah dikesan di Hospital Bintulu. Sebanyak 115 Person Under Investigation yang terbaru dicatatkan hari ini dan jumlah keseluruhan PUI yang sedang menunggu keputusan adalah sebanyak 320 orang. Jumlah kematian akibat COVID19 pula kekal 1 kes.

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak turut meminta mereka yang merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID19 supaya menghubungi Pejabat Kesihatan Bahagian bagi memaklumkan status kesihatan masing masing. Ujian pengesahan bagi kontak rapat hanya akan dijalankan sekiranya mereka bergejala dan disahkan oleh pengamal perubatan.

Artikel Berkaitan

Back to top button