fbpx
Cerita Borneo

14 Kes Baru COVID-19 Di Malaysia, 50 Jumlah Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini

Kebanyakan kes adalah berkait dengan kluster kes ke-26

14 Kes Baru COVID-19 Di Malaysia, 50 Jumlah Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini. Sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi mengumumkan sebanyak 14 kes baru COVID-19 dikesan di Malaysia setakat pada hari ini, 4 Mac 2020. Sebahagian besar kes ini adalah kontak rapat dan berkait dgn satu kes kluster iaitu kes ke-26. Ini bermakna, 21 kes positif dari kluster ini iaitu 14 kes hari ini dan 7 kes yg telah diumumkan semalam.

14 Kes Baru COVID-19 Di Malaysia, 50 Jumlah Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini
14 Kes Baru COVID-19 Di Malaysia, 50 Jumlah Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini

Setakat ini juga, sebanyak 50 kes dicatatkan termasuk 22 kes yang telah sembuh dan juga telah discaj. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengesanan kontak rapat masih berjalan dan KKM berharap maklumat tepat diberikan ketika proses siasatan. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, turut menyatakan bahawa :

‘ Kita masih dalam peringkat awal pembendungan iaitu kita tahu siapa dan dari mana punca jangkitan #COVID19 untuk pengesanan kontak. Jika kita sampai peringkat akhir pembendungan, KKM akan mengubah strategi mengikut keperluan semasa.’ – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

14 Kes Baru COVID-19 Di Malaysia, 50 Jumlah Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia turut menerangkan bahawa Malaysia sedang memasuki gelombang kedua COVID-19. Gelombang pertama sebelum ini adalah sebahagian besar kes dari China dan mempunyai sejarah perjalanan ke China. Gelombang kedua ini dikatakan bermula dengan kes ke-23 apabila kebanyakan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan.

Setakat ini, 21 kes positif dikaitkan dgn kes kluster iaitu kes ke-26.

Baca Juga Artikel Berkaitan COVID-19 :

Artikel Berkaitan

Back to top button