fbpx
Cerita Borneo

14 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Notis 14 Hari Stay Home Notice Untuk Semua Yang Masuk

Perkara Tersebut Dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Sebentar Tadi.

14 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Notis 14 Hari Stay Home Notice Untuk Semua Yang Masuk. Sarawak hari ini mengambil langkah drastik apabila mengeluarkan beberapa langkah tegas bagi mengekang penyebaran COVID19. Hari ini, 14 kes baru COVID-19 dicatatkan dan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 34 kes setakat ini. 29 kes adalah kes yang diimport dari luar.

14 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Notis 14 Hari Stay Home Notice Untuk Semua Yang Masuk

9 Langkah Untuk Kekang Penularan COVID-19 di Sarawak

Kerajaan Sarawak kini mengambil 9 langkah tegas untuk mengekang penularan COVID-19. Langkah langkah tersebut adalah :

  1. Bermula 18 Mac 2020 (Rabu), semua pengunjung (domestik dan luar negara) yang MEMASUKI Sarawak serta rakyat Sarawak yang pulang ke Sarawak akan diberi notis “Stay Home Notice” selama 14 hari. Arahan ini turut melibatkan residen Sarawak, termasuk pemegang pas jangka panjang dan pas jangka pendek. Agensi yang bertanggungjawab akan menjalankan pemantauan terhadap pemegang notis ini sama ada melalui tinjauan rawak, panggilan telefon dan aplikasi tekonologi moden.
  2. Pengecualian penerbangan akan diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hanya kepada mereka yang mempunyai urusan rasmi atau urusan perniagaan.
  3. Kesemua acara rasmi kerajaan Sarawak, yang melibatkan jumlah kehadiran melebihi 50 orang akan dibatalkan atau ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
  4. Sebarang acara awam yang melibatkan pengunjung melebihi 50 orang disarankan untuk dibatalkan atau ditunda sehingga diberitahu kelak.
  5. Semua tabika, taska dan sekolah tahfiz di Sarawak diarahkan untuk tutup selama 2 minggu bermula esok, 17 Mac 2020 (Selasa).
  6. Semua institut pengajian tinggi (awam dan swasta) diarah untuk menangguhkan sesi pengajian selama 2 minggu bermula esok, 17 Mac 2020 (Selasa).
  7. Semua sekolah disarankan untuk melanjutkan cuti selama 1 minggu sehingga 29 Mac 2020.
  8. Semua fasiliti awam sukan seperti kolam renang, gimnasium dan stadium akan ditutup bermula esok, 17 Mac 2020 (Selasa).
  9. Orang awam dinasihatkan untuk mengamalkan amalan kebersihan pada tahap tertinggi dan patuh pada amalan social distancing.

Penyebaran Berita Palsu/Maklumat Tidak Sahih

Jawatankuasa juga menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan berita palsu atau maklumat yang tidak sahih dalam platform sosial media. Pihak polis dan SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap pelaku perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998. Denda maksimum berjumlah RM 50,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-dua nya sekali jika disabitkan kesalahan. Pesalah juga boleh didenda RM 1,000 untuk setiap hari sekiranya pendakwaan diteruskan selepas sabitan.

14 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Notis 14 Hari Stay Home Notice Untuk Semua Yang Masuk
14 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Notis 14 Hari Stay Home Notice Untuk Semua Yang Masuk

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close