fbpx
Cerita Borneo

14 Lagi Kes Terbaru COVID-19 Di Brunei, 25 Kes Keseluruhan Dalam Masa 4 Hari

Perkara Ini Disahkan Sendiri Oleh Kementerian Kesihatan Brunei

14 Lagi Kes Terbaru COVID-19 Di Brunei, 25 Kes Keseluruhan Dalam Masa 4 Hari. Perkembangan terbaru COVID-19 di Brunei pada hari ini mencatatkan 14 kes terbaharu yang dikesan. Jumlah tersebut kini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Brunei meningkat mendadak kepada 25 kes.

Menurut akaun Twitter akhbar Brunei, Borneo Bulletin, perkara tersebut telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei pada jam 5 petang tadi. Kesemua kes baharu yang dikesan pada hari ini mempunyai kaitan dengan sebuah acara keagamaan yang diadakan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

14 kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di Brunei meningkat daripada 11 kes kepada 25 kes dalam tempoh 4 hari sahaja. Kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Brunei akan menyusul kelak. Setakat semalam, kesemua kes yang telah disahkan berada dalam keadaan stabil dan lebih 100 orang telah diambil sampel untuk ujian COVID-19. Sementara itu, 80 orang kontak terdekat bagi kes-kes yang telah disahkan diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan Brunei turut menasihatkan agar rakyatnya tidak berasa panik dengan situasi yang melanda negara tersebut pada masa ini dan meminta agar kontak-kontak yang dihubungi dapat memberi kerjasama bagi membendung penularan wabak ini. Secara keseluruhannya, keadaan di Brunei masih terkawal.

Artikel lanjut tentang perkaitan kes COVID-19 di Brunei dan Malaysia :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close