fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
19 Januari 2021
18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

18 pelajar kembali ke asrama disahkan positif COVID-19 setelah membuat saringan.

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19. Dalam tempoh dua hari yang lalu, seramai 18 pelajar yang kembali ke asrama telah disahkan positif COVID-19.

Menurut Datuk Seri Masidi Manjun yang merupakan jurucakap COVID-19 Sabah, pejabat kesihatan daerah Sabah telah membuat saringan Covid-19 ke atas pelajar yang kembali ke asrama sekolah. Hal ini dibuat agar sebarang kebolehjangkitan dapat dicegah di asrama pelajar.

ADVERTISEMENT

Kementerian Pendidikan telah menyatakan bahawa pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia untuk tahun 2020 dibenarkan kembali ke asrama mulai 16 Januari untuk meneruskan persekolahan pada 20 Januari.

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19
18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19. Gambar sebagai hiasan

Pelajar dibenarkan kembali ke asrama tetapi mesti mematuhi SOP

“Berdasarkan kenyataan oleh Kementerian Pendidikan, pelajar dibenarkan kembali ke asrama tetapi mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

“Semua pelajar yang memasuki asrama diwajibkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 yang selari dengan inisiatif Kementerian Kesihatan (untuk mencegah kebolehjangkitan),” kata Datuk Seri Masidi Manjun dalam sidang media.

Bagi guru yang kembali ke Sabah pula, tiada rekod mengenai mereka yang positif Covid-19 di tempat masuk.

ADVERTISEMENT
18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19
Gambar sebagai hiasan

SOP yang mewajibkan menjalani saringan covid-19

Masidi, yang juga merupakan menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, mengatakan ini kerana SOP yang mewajibkan mereka menjalani saringan covid-19 sebelum tiba di Sabah.

“Guru yang kembali ke Sabah harus melakukan ujian swab Covid-19 sebelum meneruskan perjalanan.

“Hanya mereka yang ujiannya negatif untuk Covid-19 sahaja akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan pulang ke Sabah dari negeri lain.”

Semalam, Sabah mencatatkan 432 kes Covid-19 baru dengan 3,799 sampel yang belum selesai.

Lagi di sini:

SUMBER : News Strait Times
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy