fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

2 Kes Terbaharu Di Kuching, Sarawak Kembali Bertukar Ke Status Kuning

Kedung BK Oleh Kedung BK
10 Julai 2020
2 Kes Terbaharu Di Kuching, Sarawak Kembali Bertukar Ke Status Kuning
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kuching bertukar kembali status kuning manakala 39 daerah di Sarawak kekal hijau

2 Kes Terbaharu Di Kuching, Sarawak Kembali Bertukar Ke Status Kuning. Terkini, dilaporkan Sarawak telah kembali bertukar status kuning apabila dua kes positif terbaharu Covid-19 dicatatkan di Kuching.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam sebuah kenyataan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak sebanyak 575 kes.

ADVERTISEMENT

Setakat ini, hanya satu daerah sahaja status kuning manakala 39 daerah di Sarawak masih kekal status hijau.

2 Kes Terbaharu Di Kuching, Sarawak Kembali Bertukar Ke Status Kuning
2 Kes Terbaharu Di Kuching, Sarawak Kembali Bertukar Ke Status Kuning

Melibatkan dua warga tempatan

Kes terbaharu, iaitu kes ke-574 melibatkan seorang lelaki warga tempatan kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak 5 Julai. Difahamkan lelaki itu mengalami sesak nafas dan kelesuan sejak 1 Julai.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Pesakit, yang mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes, kemudian dimasukkan ke wad pengasingan. Ujian reaksi berantai polimerase (RT-PCR) masa nyata mendapati bahawa dia menghidap virus itu pada 9 Julai.

ADVERTISEMENT

Kes kedua iaitu kes ke-575 merupakan seorang wanita warga tempatan yang bekerja di sebuah syarikat konsultan kejuruteraan di Kuching. Beliau mendapatkan rawatan di HUS pada 7 Julai dan dimasukkan ke wab perubatan perempuan kerana mengalami sakit dada dan batuk kering.

Saringan awak Covid-19 pada 7 Julai mendapati beliau positif untuk ujian RTK Antibody dan disahkan positif setelah menjalani ujian tersebut pada 9 Julai.

ADVERTISEMENT

Pengesanan kontak telah dimulakan dan kenalan mereka telah dikenal pasti.

Untuk kes ke-574, kenalan adalah ahli keluarga terdekat pesakit, sementara untuk kes ke-575, sebanyak 30 kenalan dikesan, dikenal pasti dan diberi arahan karantina serta pemeriksaan. Tempat kerjanya ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman.

Punca jangkitan untuk kedua-dua kes masih dalam siasatan. Dilaporkan juga kedua-dua kes berkemungkinan mendapat jangkitan tempatan kerana kedua-dua mereka tiada sejarah perjalanan ke luar negara.

Lagi disini:

Share1511Tweet43SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy