fbpx
Cerita Borneo

2 Minggu Tanpa Kes Baharu, Kota Samarahan Kini Kawasan Hijau

Tiada kes baru dicatatkan sejak 14 hari yang lepas

2 Minggu Tanpa Kes Baharu, Kota Samarahan Kini Kawasan Hijau. Kota Samarahan kini menjadi kawasan hijau terbaru di Sarawak selepas tidak mencatatkan apa apa kes baharu sejak 14 hari yang lepas.

Jumlah daerah berstatus kawasan hijau setakat ini adalah 35 daerah, dan hanya tinggal 5 buah daerah lagi yang berstatus kawasan kuning. Tiada lagi kawasan merah dicatatkan di Sarawak.

Menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak, kes positif yang masih dirawat juga hanya tinggal sebanyak 87 kes.

Hari ini juga merupakan hari ketujuh, menjadikan genap seminggu Sarawak tidak mencatat sebarang kes positif yang baru.

2 kes baru telah sembuh dan discaj juga telah dicatatkan hari ini, 1 kes adalah dari Hospital Umum Sarawak dan 1 kes lagi adalah dari Hospital Sibu. Jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj secara keseluruhan pula adalah seramai 439 kes atau 80.7%.

Hari ini juga, seramai 41 PUI baru dilaporkan, dan 32 kes PUI masih menunggu laporan makmal. Kes positif setakat ini kekal pada 544 orang sahaja.

2 Minggu Tanpa Kes Baharu, Kota Samarahan Kini Kawasan Hijau
2 Minggu Tanpa Kes Baharu, Kota Samarahan Kini Kawasan Hijau

6692 Permohohan Pergerakan Antara Daerah

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak turut memaklumkan sebanyak 6692 jumlah permohonan pergerakan antara daerah telah dipohon pada hari ini sahaja menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43 572 permohonan.

Dari jumlah tersebut sebanyak 3246 permohonan telah ditolak dan 40325 telah diluluskan.

Setakat ini juga, 29 584 pemberitahuan pembukaan sektor ekonomi telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak. Dari jumlah tersebut, 21 514 permohonan adalah secara atas talian dan 8 070 adalah melalui email.

Telah dimaklumkan juga bahawa setakat ini seramai 8116 orang pelajar yang balik dari Semenanjung, Labuan dan Sabah telah diselaraskan.

Status pengesanan kontak rapat yang dikenalpasti di Kuching pula, sebanyak 86% daripada 2 554 orang telah dihubungi. Selepas saringan, sebanyak 16 orang daripada mereka didapati positif.

Semalam, Kerajaan Sarawak memaklumkan bahawa sesiapa sahaja yang ingin memasuki Sarawak perlu memohon kebenaran pihak polis. Baca lebih lanjut :

Dalam menghadapi norma baharu, banyak juga aplikasi telah dihasilkan. Baca lebih lanjut :

Artikel Berkaitan

Back to top button