fbpx
Cerita Borneo

2 Orang Kanak Kanak Pesakit Baru COVID-19 Di Sarawak, Masihkah Anda Mahu Leka?

Adakah anda masih mahu berdegih dengan mengheret anak kecil anda ke tempat ramai manusia?

2 Orang Kanak Kanak Mangsa Baru COVID-19 Di Sarawak, Masihkah Anda Mahu Leka? Hari ini, Sarawak mencatatkan 25 kes positif yang baharu di mana 16 daripada kes positif tersebut adalah kes penularan tempatan.

Dari kesemua jumlah tersebut juga, 3 kluster di Sarawak mencatatkan kes kes penularan terbaru. Kluster Sentosa, PUI Melbourne dan Kluster Mambong.

Terbaharu juga, satu lagi kluster yang dikenali sebagai kluster Satok pula muncul. Ya, tanpa kita sangkakan ada lagi kluster yang muncul dan menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang ada di Sarawak kini adalah 10 kluster aktif.

2 orang kanak kanak pesakit terbaru

Hari ini juga, 2 orang kanak kanak berusia 10 tahun dan juga 6 tahun disahkan positif COVID-19 di Sarawak hasil saringan dari kluster Sentosa.

2 Orang Kanak Kanak Pesakit Baru COVID-19 Di Sarawak, Masihkah Anda Mahu Leka?
2 Orang Kanak Kanak Pesakit Baru COVID-19 Di Sarawak, Masihkah Anda Mahu Leka?

2 kes ini bermakna kita tidak boleh leka. Kanak kanak dan warga emas perlu sentiasa dilindungi kerana mereka mempunyai antibodi badan yang lemah.

Usahlah leka lagi, fikirkanlah ratusan kali sebelum membawa kanak kanak dan orang tua ke tempat yang ramai orang. Perang kita jauh dari berakhir selagi tiada vaksin diperoleh.

Jika anda hendak membawa anak anda keluar, bawalah ke tempat yang tidak ramai orang. Jangan bawa mereka ke pusat membeli belah yang padat, dan kemudian seret lagi mereka ke restoran yang penuh.

Itu bukan caranya. Harus kita sedar, hidup kita kini harus mengutamakan keperluan dari kemahuan. Jika tiada keperluan untuk keluar maka tinggal di rumah.

Jika ada kemahuan untuk menyambut hari lahir, apa salahnya jika beli makanan yang sedap sedap dari restoran kegemaran anda dan sambutnya di rumah.

Keutamaan adalah untuk selamatkan nyawa. Bukan untuk menyelamatkan ego mahu keluar dan mengheret kanak kanak dan warga emas ke tempat yang ramai orang.

Mahukah anda kerana ego dan kedegilan maka kita perlu mengharungi perintah kawalan pergerakan lagi? Sanggupkah anda melihat kawan kawan anda kehilangan pekerjaan?

Sanggupkah anda melihat mereka yang tidak bersalah turut menderita sama kerana tempiasnya nanti? Jika tidak sanggup maka ayuh kita perangi COVID-19 ini bersama.

Kita tiada pilihan, norma baru harus diamalkan sepenuhnya. Kanak kanak dan warga emas harus dilindungi untuk menyelamatkan nyawa.

Baca juga artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button