fbpx
Cerita Borneo

2 Pekerja Pembinaan Yang Positif COVID-19 Menghilangkan Diri Di Kuching

Berwaspada!

2 Pekerja Pembinaan Yang Positif COVID-19 Menghilangkan Diri Di Kuching. Terkini, dilaporkan anggota polis Sarawak dalam keadaan berjaga-jaga dan mencari dua pekerja Indonesia yang diuji positif Covid-19.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengatakan usaha mengesan kedua-dua pesakit itu yang hilang hanya dikenali sebagai Darussalam (lelaki) dan Nurul Hasanah (wanita) bermula malam tadi.

2 Pekerja Pembinaan Yang Positif COVID-19 Menghilangkan Diri Di Kuching
2 Pekerja Pembinaan Yang Positif COVID-19 Menghilangkan Diri Di Kuching

Masih Mencari Mereka

Beliau bertambah lagi, usaha untuk mencari mereka di beberapa kawasan kemungkinan telah gagal. Untuk hari ini pula, pencarian yang diketuai oleh polis daerah Kuching dan daerah-daerah lain di sekitar perbatasan Indonesia akan diteruskan.

Difahamkan kedua-dua pesakit itu menjalani ujian swab pada 16 Jun sebagai syarat untuk bekerja di sebuah tapak pembinaan di Petra Jaya.

“Ketika keputusan ujian dikembalikan pada 17 Jun, kedua-duanya didapati positif Covid-19,” ujarnya lagi.

Sebaik sahaja keputusan diperoleh, petugas dari Kementerian Kesihatan kunjung mereka dan mendapati bahawa mereka sudah menghilangkan diri. Laporan polis mengenai kehilangan mereka diterima pagi ini dari Kementerian Kesihatan.

2 Pekerja Pembinaan Yang Positif COVID-19 Menghilangkan Diri Di Kuching
Gambar sekadar hiasan. Kredit: South China Morning Post

Baca lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close