fbpx
Cerita Borneo

28 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Atasi Sabah Sebagai Kes Tertinggi Di Malaysia Timur

Statistik terbaru ini dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

28 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Atasi Sabah Sebagai Kes Tertinggi Di Malaysia Timur. Sarawak hari ini merekodkan dua puluh lapan (28) kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 239 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. Daripada 28 kes ini,25 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 3 kes di Hospital Miri.

28 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Atasi Sabah Sebagai Kes Tertinggi Di Malaysia Timur
28 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Atasi Sabah Sebagai Kes Tertinggi Di Malaysia Timur

Pertambahan Jumlah Person Under Investigation

130 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,509 kes. Daripada jumlah itu, 1,130 kes adalah negatif dan 140 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

28 Kes Terbaru COVID19 Di Sarawak, Atasi Sabah Sebagai Kes Tertinggi Di Malaysia Timur

Kuching Catatkan Jumlah PUI Tertinggi

Bagi PUI baharu di Daerah Kuching hari ini adalah sebanyak 52 kes yang mana 16 kes adalah yang telah di saring di Kompleks Belia dan Sukan dan
36 kes adalah daripada Hospital Umum Sarawak.

Berikut adalah statistik kes PUI terbaru mengikut daerah di Sarawak

DaerahJumlah
Kuching52
Bau3
Samarahan10
Asajaya1
Serian19
Betong27
Sibu2
Bintulu4
Miri 12
Total130

Kuching Kekal Zon Merah Dengan Kes Keseluruhan Terbesar Di Sabah Dan Sarawak

Bandaraya Kuching kini mencatatkan jumlah kes terbesar dengan 150 kes positif COVID19 dicatatkan dengan 4 kematian setakat ini. Kapit pula setakat ini tidak mempunyai sebarang kes ( Zon Hijau )

Artikel Berkaitan

Back to top button