fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

4 Beranak Di Sabah Cuba Bunuh Diri Selepas Tidak Sanggup Tanggung Malu Anak Jadi Scammer

iloveborneo Oleh iloveborneo
7 Jun 2020
4 Beranak Di Sabah Cuba Bunuh Diri Selepas Tidak Sanggup Tanggung Malu Anak Jadi Scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Cuba membunuh diri di rumah mereka di Kuala Manggatal

4 Beranak Di Sabah Cuba Bunuh Diri Selepas Tidak Sanggup Tanggung Malu Anak Jadi Scammer. Pihak berkuasa menyelamatkan empat sekeluarga yang cuba membunuh diri dengan melepaskan gas memasak di dalam rumah mereka di Flat Sri Indah, Kuala Manggatal, di sini, awal pagi tadi.

4 Beranak Di Sabah Cuba Bunuh Diri Selepas Tidak Sanggup Tanggung Malu Anak Jadi Scammer
4 Beranak Di Sabah Cuba Bunuh Diri Selepas Tidak Sanggup Tanggung Malu Anak Jadi Scammer

Bagaimanapun, insiden berkenaan disedari jiran kira-kira jam 3 pagi selepas terhidu bau gas memasak dari rumah keluarga terbabit sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Katanya, polis yang hadir ke lokasi kejadian bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memecah masuk ke rumah berkenaan sebelum menyelamatkan semua mangsa.

“Semua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terhidu gas memasak yang dilepaskan di dalam rumah di tingkat empat bangunan berkenaan.

“Mangsa yang terbabit adalah sepasang suami isteri berusia 60 dan 63 tahun serta dua anak berusia 29 dan 26 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, semua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun keadaan semua mangsa stabil,” katanya.

Sementara itu, Habibi berkata, siasatan awal mendapati anak lelaki pasangan itu yang berusia 29 tahun dikatakan terbabit dalam beberapa aktiviti penipuan ‘scammer’.

“Selain itu, suspek turut terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan bekas individu dalam pemantauan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk sejauh mana pembabitan suspek dengan kegiatan penipuan.

“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” katanya

Talian Befrienders boleh dihubungi setiap petang dari pukul 7pm-10pm menerusi talian : 088-255788, 088-259788, WhatsApp Chats 016-8036945 atau Facebook Messenger: befrienderskk

Baca juga artikel semasa berkaitan :

Share545Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy