fbpx
Cerita Borneo

4 Bulan Bercuti, Panggung Wayang Akan Dibuka Kembali

Mulai 1 Julai 2020

4 Bulan bercuti, Panggung Wayang Akan Dibuka Kembali. Terkini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan lalui sidang media bahawa aktiviti teater, panggung wayang dan live events akan dibenarkan bermula 1 Julai 2020. Kebenaran ini hanya tertakluk kepada kawasan tertutup atau dewan tertutup sahaja.

Are Malaysians ready to go back to cinemas? | The Star
4 Bulan Bercuti, Panggung Wayang Akan Dibuka Kembali

Mengikut SOP Kerajaan Dengan Ketat

Tambahnya lagi, kebenaran ini akan selaras dengan Standard Operating Prosedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Maksimum individu ke dalam premis adalah tidak melebihi daripada 250 individu, tertakluk kepada keluasan dewan. Walau bagaimanapun, ia disarankan untuk elak membenarkan maksimum jumlah itu ke dalam kawasan dewan yang tidak boleh menampung sebanyak itu.

Beliau juga berkata, pengunjung akan perlu mengekalkan penjarakan sosial 1 meter, berdasarkan saiz dewan terbabit dan perlu diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk, serta memakai topeng muka dan membersihkan tangan dengan sanitiser.

Pihak pengurus pawagam dikehendaki untuk meletakkan tanda di kerusi agar menggalakkan penjarakan sosial ketika pelanggan di dalam pawagam.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close