fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

4 Pencapaian Membanggakan Rakyat Sarawak Di Peringkat Dunia Tahun 2019

iloveborneo Oleh iloveborneo
15 Disember 2019
4 Pencapaian Membanggakan Rakyat Sarawak Di Peringkat Dunia Tahun 2019
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bukti kita boleh menggapai apa jua impian kita di dunia

4 Pencapaian Membanggakan Rakyat Sarawak Di Peringkat Dunia Tahun 2019. Tahun 2019 sememangnya tahun yang membanggakan untuk rakyat Sarawak. Bukan sahaja kita menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara peringkat antarangsa, malah ramai rakyat Sarawak yang menempa nama di peringkat dunia tahun ini. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan 4 pencapaian membanggakan rakyat Sarawak di peringkat dunia tahun 2019 yang boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.

1. Sarawak Blue Team dari SMK Jalan Arang, Kuching Ungguli MakeX Starter – City Guardian

Tewaskan 3,500 Pasukan Di Dunia, Pelajar Sekolah Sarawak Juara Dunia Pertandingan Robotik

Pertandingan MakeX International Robot Competition ini disertai oleh pelajar sekolah dari seluruh dunia yang berumur 6 hingga 18 tahun dalam beberapa kategori. Antaranya ialah MakeX Spark – My City, MakeX Starter – City Guardian, MakeX Challenge – Courageous Traveller dan MakeX Premier – Strong Alliance. Sarawak Blue Team dari SMK Jalan Arang, Kuching menjadi pemenang bersama dengan sebuah lagi pasukan dari Turki.

ADVERTISEMENT

2. Pingat Emas World Inventors Association (WIA)

4 Pencapaian Membanggakan Rakyat Sarawak Di Peringkat Dunia Tahun 2019
(Dari kiri) : Daniel, Eugenia, Nurnaziha, Sie Siek, pegawai Sarawak Multimedia Authority (SMA) Faizzul Dahlan Sarkawi, Normah, Forinna, Allycia, Zhen Yen, dan Natalie yang mewakili SMK Riam, Miri ke Seoul, Korea. Kredit : The Borneo Post

Kumpulan Tborneo yang diwakili oleh Natalie Gituen Liso, Law Zhen Yen, dan Allycia Nanu Bong dari SMK Riam, Miri telah memenangi pingat emas World Inventors Association (WIA) serta anugerah khas untuk ciptaan perasa semulajadi dalam bentuk serbuk dan kiub berasaskan daun tubu (Pycnarrhena tametacta) sebagai pengganti MSG. Selain itu, guru-guru pengiring yang terdiri daripada Forinna Rosini Lanity, Law Sie Siek, dan Enjila Ales juga turut menerima anugerah CIGIF Teacher Achievement Award. Pencapaian anak Sarawak di peringkat antarabangsa ini cukup mengagumkan kerana mereka telah berjaya mengalahkan sebanyak 70 buah kumpulan daripada 12 buah negara yang bertanding seperti Kanada, Korea, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, dan Indonesia pada peringkat akhir.

3. Bonnie Bunyau Gustin – Pecah Rekod Dunia, Pingat Emas Angkat Berat Para di Kazakhstan

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding

Tahukah anda bahawa Bonnie telah menggemparkan dunia kerana berjaya mengalahkan juara Paralimpik, Paul Kehinde dari Nigeria dan Liu Lei dari China! Beliau meraih dua pingat emas dan memecahkan rekod dunia dalam masa tiga hari kejohanan menerusi acara ‘Para Powerlifting‘ yang berlangsung pada Julai lalu di Nur Sultan, Kazakhstan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : Sarawak Negeri Tunggal Yang Belum Dikenakan PKP

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

4. Pemenang Pertandingan REKAAN LOGO NASA mission patch

4 Pencapaian Membanggakan Rakyat Sarawak Di Peringkat Dunia Tahun 2019

Teng Wei Rui pelajar dari Miri, Sarawak yang berusia 13 tahun berjaya membawa nama Sarawak ke peringkat antarabangsa. Teng berjaya dinobatkan sebagai salah seorang daripada hanya 5 pemenang pertandingan Mission Patch Design Challenge 2019 anjuran NASA. Terdapat lebih dari 10000 penyertaan dari seluruh dunia, dan 4 pemenang lain pula berasal dari California, Maryland, Sri Lanka dan Idaho.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Share702Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy