fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

4 Rakyat Sarawak Dikesan Hadiri Perhimpunan Tabligh Di Indonesia

iloveborneo Oleh iloveborneo
22 Mac 2020
4 Rakyat Sarawak Dikesan Hadiri Perhimpunan Tabligh Di Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

 Ijtima Dunia 2020 Zon Asia Itu Akhirnya Dibatalkan Di Saat Akhir

4 Rakyat Sarawak Dikesan Hadiri Perhimpunan Tabligh Di Indonesia. Kerajaan Sarawak akan memantau 4 orang individu yang menghadiri perhimpunan tabligh di Makassar apabila mereka kembali ke negeri ini nanti. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing semalam.

4 Rakyat Sarawak Dikesan Hadiri Perhimpunan Tabligh Di Indonesia
4 Rakyat Sarawak Dikesan Hadiri Perhimpunan Tabligh Di Indonesia

4 Individu Tersebut Akan Dibenarkan Pulang

Menurut laporan, 4 individu tersebut akan dibenarkan pulang namun mereka harus melalui proses saringan dan juga kuaranti mandatori selama 14 hari sebaik sahaja tiba di Sarawak. Difahamkan juga bahawa setakat ini 4 individu tersebut belum kembali ke Sarawak dan pemantauan di sempadan juga dilakukan agar mereka tidak kembali dengan menggunakan laluan tikus.

Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing juga turut memaklumkan bahawa 4 individu tersebut telah pergi ke Indonesia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula pada 18 Mac yang lalu.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri

Lebih 80 Rakyat Malaysia Menghadiri Perhimpunan Tersebut

Menurut maklumat, dikatakan lebih dari 80 orang rakyat Malaysia dikatakan hadir ke Majlis tersebut. Kesemua mereka dikatakan telah keluar dari Malaysia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Sabah pula mengambil tindakan lebih tegas dengan tidak membenarkan rakyat mereka yang hadir ke majlis tersebut untuk balik ke Sabah untuk 14 hari, bermula dari Jumaat lepas.

SUMBER : The Borneo Post
Share324Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy