fbpx
Cerita Borneo

41 Kes Terbaru COVID19 Di Malaysia, 238 Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

41 Kes Terbaru COVID19 Di Malaysia, 238 Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan terdapat 41 kes terbaru kes COVID19 di Malaysia dan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 238 kes termasuk 35 kes yang telah sembuh.

Sebahagian besar kes baru ini juga berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling, yang juga merupakan penyumbang kepada kluster penyebaran di Brunei, Sabah dan Sarawak setakat ini.

41 Kes Terbaru COVID19 Di Malaysia, 238 Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini

Orang ramai diseru tidak sertai perhimpunan awam lebih 50 orang bagi mengelak penularan jangkitan #COVID19

Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyeru orang ramai supaya tidak menyertai mana mana perhimpunan awam yang melebihi 50 orang bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID19. Pihak KKM juga telah mengambil langkah proaktif dengan mengambil 1000 orang houseman yang bertujuan khas bagi COVID19. Rakyat yang mempunyai simptom COVID19 juga diseru untuk tampil ke hadapan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Pecahan kes mengikut negeri adalah seperti rajah di bawah :

Rujuk juga kenyataan rasmi KKM mengenai isu semasa COVID19:

Baca Juga Laporan COVID19 Terkini Yang Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button