fbpx
Cerita Borneo

5 Juadah Istimewa Ketika Bulan Ramadhan Yang Ditunggu Tunggu Orang Sarawak

Ramadhan dah dekat, mesti ada yang rindukan juadah juadah ini kan?

5 Juadah Istimewa Ketika Bulan Ramadhan Yang Ditunggu Tunggu Orang Sarawak. Tak lama lagi, bulan yang ditunggu tunggu akan tiba. Dengan bazaar ramadhan dibatalkan di seluruh negara, pasti akan ada yang merindui juadah juadah istimewa. Jadi dalam artikel ini, kami kongsikan 5 juadah istimewa bulan ramadhan yang pasti ditunggu tunggu orang Sarawak secara amnya.

1.Kuih Bongkol

5 Juadah Istimewa Ketika Bulan Ramadhan Yang Ditunggu Tunggu Orang Sarawak
5 Juadah Istimewa Ketika Bulan Ramadhan Yang Ditunggu Tunggu Orang Sarawak

Kuih bongkol merupakan juadah berbuka puasa yang terkenal di Sarawak secara keseluruhannya. Sebenarnya terdapat pelbagai versi nama untuk kuih ini, ada juga yang memanggil kuih ini sebagai ‘ ‘tongkol’ dan juga ‘mongkol’.

5 Juadah Istimewa Ketika Bulan Ramadhan Yang Ditunggu Tunggu Orang Sarawak

Kuih Bongkol diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong yang diadun sebelum dimasukkan ke dalam daun pisang dan dikukus. Rasanya enak, lembut dan manis. Bagi anda yang belum pernah mencuba kuih bongkol ini, apa kata anda cuba buat sendiri :

Brother cool ini share resepi kuih bongkol viral :

2. Bubur Pedas

Bubur pedas merupakan signature dish yang juga hanya terdapat ketika bulan ramadhan di Kuching dan juga Sarawak secara keseluruhannya. Jika anda perantau yang sering kali balik ke Sarawak semasa bulan ramadhan, juadah ini pasti dinanti nanti untuk disediakan oleh ibu yang tersayang!

Anda juga boleh juga cuba masak bubur pedas ni sendiri. Haaa kami kongsikan video untuk masak sendiri di bawah :

3. Kuih Selorot

5 Juadah Istimewa Ketika Bulan Ramadhan Yang Ditunggu Tunggu Orang Sarawak

Kuih selorot adalah sejenis kuih yang kebiasaannya digulung di dalam daun apong(nipah). Menariknya, bahan bahan untuk membuat kuih selorot adalah hampir sama dengan kuih bongkol iaitu diperbuat daripada santan, gula apong dan juga tepung beras. Perbezaan nya pula adalah cara penyediaan kuih ini yang dikukus sehingga keras didalam kelungsung yang digulung rapi.

4. Lemang Betawi

Lemang Betawi berbeza dengan lemang buluh. Sejarah asalnya juga tidak dapat dipastikan dari mana namun diyakini bahawa ianya datang dari Nusantara.Lemang Betawi tidak dimasak menggunakan buluh. Lemang Betawi dikukus. Bahan-bahannya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menambah rupa lemang, ditambah pewarna mengikut kehendak tukang masak.

Lemang Betawi dibungkus dengan daun pisang. Daun pisang ini dipanaskan dengan haba api bagi mengelakkan daun pisang pecah apabila digulung.
Proses mengukus lemang Betawi mengambil masa 3 hingga 4 jam. Lemang Betawi juga boleh dipanggang selepas dikukus bagi mendapatkan aroma panggang dan rasa ‘hangus’ sedikit.

5. Suntong Tutok

Suntong tutok pula merupakan juadah yang sangat terkenal kerana ianya selalu dimakan untuk moreh. Suntong tutok kebiasaanya boleh didapati di tepi jalan sekitar astana, gita,gersik, kampung nombor dan mana mana kampung bandar yang mempunyai densiti penduduk melayu yang tinggi. Peminat Suntong Tutok Zaidi seperti video di bawah ini, pasti akan merinduinya!

Suntong tutok adalah sotong kering yang dibakar dan kemudiaannya ditukul atau digiling sehingga nipis. Suntong tutok selalunya dihidangkan bersama sambal pedas berasaskan kicap atau sos dan juga selalunya dicampurkan dengan kacang yang dihancurkan.

5 Juadah Istimewa Ketika Bulan Ramadhan Yang Ditunggu Tunggu Orang Sarawak

Fuh, rasanya ada lagi tapi cukuplah hanya 5 ini yang kami senaraikan dulu. Anda ada lagi menu kegemaran semasa bulan ramadan? Ha share la dekat komen nanti!

Kalau rindu nak makan mee belacan, boleh rujuk resepi ini pula :

Artikel Berkaitan

Back to top button