fbpx
Cerita Borneo

5 Keunikan Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, dengan keluasan lebih daripada 120 ribu km persegi. Dalam artikel kali ini kami sertakan 5 keunikan Sarawak yang anda perlu tahu.

1-Ada 25 Buah Lapangan Terbang

Ya, 25 buah lapangan terbang. 4 buah lapangan terbang utama terletak di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri manakala lapangan terbang yang lain adalah lapangan terbang STOL ( Short Take Off and Landing ) yang terletak di Mukah, Marudi dan pekan pekan kecil yang lain.

2. Kepadatan Penduduk Yang Rendah 

Jumlah penduduk Sarawak adalah kurang daripada 3 juta dan berkeluasan hampir sama dengan Semenanjung Malaysia. Mengikut statistik pada tahun 2010, untuk setiap KM persegi hanya ada 19 orang. Jika dibandingkan di Kuala Lumpur, untuk setiap KM persegi mereka ada 6000 orang penduduk!

Lebih daripada 1/3 penduduk Sarawak pula tinggal di sekitar Kuching – Samarahan – Serian yang merupakan hanya 1/8 daripada saiz kesuluran Sarawak!

3. 1st Dalam Negara Malaysia Untuk Berada Di Dalam Senarai UNESCO

Sebelum Georgetown, Melaka dan Lenggong dimasukkan ke dalam senarai UNESCO, Taman Negara Mulu terlebih dahulu memiliki status tersebut bersama dengan Taman Negara Gunung Kinabalu. Sarawak yang terkenal dengan flora dan fauna juga memiliki banyak tempat menarik untuk dilawati. Anda boleh semak artikel berkaitan kami di sini :

Tempat Menarik di Borneo

Cerita Borneo

 

4-Public Holiday Ada Yang Tak Sama Seperti Semenanjung Malaysia

Oleh kerana Sarawak mempunyai rakyat yang berbilang kaum, lebih daripada 10 kaum maka untuk sesetengah perayaan seperti Deepavali, Sarawak tidak mempunyai Public Holiday untuk perayaan tersebut. Ini adalah kerana jumlah kaum india di Sarawak adalah sedikit. Namun begitu, Sarawak mempunyai Public Holiday untuk Hari Gawai.

5-Mempunyai 27 etnik besar

Sarawak mempunyai 27 etnik besar buat setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri.

Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

 

Sumber: ilovekch

Artikel Berkaitan

Back to top button