fbpx
Cerita Borneo

6 Orang Lagi Positif COVID-19 Di Brunei, 7 Kes Keseluruhan Dalam 2 Hari

Kementeria Kesihatan Negara Brunei Darussalam hari ini memaklumkan 6 Orang dikesan Positif COVID-19 di Brunei, menjadikan keseluruhan kes kini adalah 7. Kes pertama dicatatkan semalam, di mana seorang lelaki berumur 53 tahun dikesan positif COVID-19. Individu tersebut dikesan positif sekembalinya beliau ke negara tersebut.

Lelaki tersebut juga merupakan salah seorang dari 90 rakyat Brunei yang menghadiri aktiviti keagamaan di Kuala Lumpur sebelum ini. Setakat ini, lebih 20 orang yang rapat dengan kes tersebut telah dikuarantinkan dan pihak berkuasa di Brunei juga menggesa agar mereka yang menghadiri aktiviti yang sama untuk hadir mendapatkan ujian.

Pulang Ke Brunei Melalui Miri Dan Menaiki Pesawat AK5651

Kenyataan akhbar dari Kementerian Kesihatan Negara Brunei turut menjelaskan bahawa individu tersebut telah kembali ke Brunei melalui Miri dengan menaiki pesawat AirAsia AK5651 pada 3 Mac 2020 yang lalu.

6 Orang Lagi Positif COVID-19 Di Brunei, 7 Kes Keseluruhan Dalam 2 Hari

Setakat ini, situasi adalah terkawal dan orang ramai disarankan untuk tenang dan elakkan untuk ke luar negara.

Artikel Berkaitan

Back to top button