fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

7 Kes Terbaru COVID-19 Di Sarawak Hari Ini, 58 Kes Keseluruhan Setakat Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Mac 2020
7 Kes Terbaru COVID-19 Di Sarawak Hari Ini, 58 Kes Keseluruhan Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Ini Merupakan Angka Terbaru Di Sarawak Setakat Jam 5 Petang

7 Kes Terbaru COVID-19 Di Sarawak Hari Ini, 58 Kes Keseluruhan Setakat Ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini melaporkan sebanyak 7 pertambahan kes positif baharu di Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat daripada 51 kes semalam kepada 58 kes pada hari ini.

Kesemua kes baharu ini adalah dari Kuching ; 4 kes dari kluster Sri Petaling, 2 daripada kluster gereja dan 1 kes masih disiasat. Kesemua kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Kuching (HUS).

ADVERTISEMENT
7 Kes Terbaru COVID-19 Di Sarawak Hari Ini, 58 Kes Keseluruhan Setakat Ini
7 Kes Terbaru COVID-19 Di Sarawak Hari Ini, 58 Kes Keseluruhan Setakat Ini

Dalam pada masa yang sama, makmal HUS kini sedang bertungkus lumus menyiapkan ujian makmal COVID-19 ke atas kes PUI. Setakat hari ini, 58 kes didapati positif daripada 714 jumlah keseluruhan PUI.

Operasi Pasaraya dan Restoran Makanan Segera Sehingga 8 Malam Sahaja Berkuatkuasa Mulai 21 Mac 2020

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak turut mengarahkan agar kesemua restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, McDonald, Sugar Bun, serta perkhidmatan Pandu Lalu (Drive-Thru) untuk menghentikan operasi pada jam 8 malam. Arahan ini juga merangkumi rangkaian pasaraya.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Namun demikian, kedai serbaneka seperti 7-Eleven, KK Mart serta stesen minyak dibenarkan beroperasi seperti biasa. Arahan ini akan berkuatkuasa mulai 21 Mac 2020.

ADVERTISEMENT

Digital Tracking dan Digital Mapping Untuk Kesan Individu Kuarantin Serta Kawasan ‘Hotspot’ COVID-19

Jawatankuasa Pengurusan Bencana juga akan melaksanakan Digital Tracking bagi mengesan individu yang sepatutnya menjalani perintah kuarantin serta Digital Mapping bagi mengesan kawasan panas (hotspot) jangkitan COVID-19. Langkah ini dibuat bagi memastikan perintah kuaratin dipatuhi serta membendung wabak COVID-19 ini daripada terus merebak.

7 Kes Terbaru COVID-19 Di Sarawak Hari Ini, 58 Kes Keseluruhan Setakat Ini
ADVERTISEMENT
Share1356Tweet40SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy