fbpx
Cerita Borneo

79.96% Telah Sembuh, Sarawak Tiada Kes Positif Baru 5 Hari Berturut-Turut

Alhamdulillah.

79.96% Telah Sembuh, Sarawak Tiada Kes Positif Baru 5 Hari Berturut-Turut. Masuk bulan ketiga sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, nampaknya usaha seluruh warga Malaysia memerangi wabak pandemik ini semakin menampakkan hasil. Melalui perkembangan terbaharu, Sarawak hari ini tidak mencatatkan kes positif baharu sekaligus tidak mencatat sebarang pertambahan kes baru selama 5 hari berturut-turut.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semasa sidang media hari ini.

79.96% Telah Sembuh, Sarawak Tiada Kes Positif Baru 5 Hari Berturut-Turut

79.96% Telah Sembuh, 4 Kes Sembuh Dan Discaj Hari Ini

Menurut nya, kes positif di Sarawak masih kekal sebanyak 544 kes. Manakala 4 kes baru sembuh dan discaj pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 3 daripadanya adalah dari Hospital Umum Sarawak dan 1 adalah dari Hospital Sibu. Setakat ini, jumlah keseluruhan kes sembuh dan discaj di Sarawak adalah seramai 435 orang.

Peratusan kes sembuh pula adalah pada kadar 79.96%.

Namun demikian, kes Person-Under-Investigation (PUI) juga masih direkodkan dengan seramai 19 PUI baru dilaporkan hari ini. Kes yang masih menunggu keputusan makmal pula adalah sebanyak 19 kes.

79.96% Telah Sembuh, Sarawak Tiada Kes Positif Baru 5 Hari Berturut-Turut
79.96% Telah Sembuh, Sarawak Tiada Kes Positif Baru 5 Hari Berturut-Turut

Tiada Lagi Zon Merah, Rakyat Dinasihat Terus Patuh Norma Baharu

Dalam pada masa yang sama, Sarawak kini tidak lagi mempunyai zon merah. Sebaliknya, zon hijau juga turut bertambah apabila Bau adalah daerah terkini yang diisytiharkan zon hijau. Manakala daerah dan bahagian yang masih berada di zon kuning adalah Kuching, Samarahan, Tebedu, Lundu, Sibu dan Serian.

Walau pun graf ini menunjukkan kes sifar yang mendatar selama 5 hari berturut-turut, namun rakyat diingatkan untuk kekal patuh akan norma baharu serta sentiasa mengamalkan kebersihan yang tinggi. Begitu jua dengan amalan pemakaian topeng muka, sentiasa mencuci tangan dengan sabun serta menjaga jarak sosial sejauh 1 meter.

79.96% Telah Sembuh, Sarawak Tiada Kes Positif Baru 5 Hari Berturut-Turut

Langkah pematuhan ini amat penting bagi mengelakkan terjadinya gelombang kedua selepas ini. Duduk di rumah.

Dah tak perlu bersesak ke SGH ambil ubat, kini kaunter pandu lalu sudah dibuka di Kozi Square. Baca selanjutnya di sini :

Tiada Raya atau Ngabang pada tahun ini, ya semuanya. Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button