fbpx
Cerita Borneo

8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa

Dijamin Fokus Dan Bertenaga Hingga Berbuka Puasa!

8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa. Di bulan Ramadan, pasti ramai yang berasa lesu dan tidak bermaya ketika melakukan ibadan puasa. Malah, ada yang tidur seharian bagi mengelakkan rasa letih yang melampau. Sedangkan anda sudah makan dengan banyak ketika bersahur. Takkan baru tengah hari dah tak ada tenaga kan?

8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa

Hey! Tahukah anda bahawa cara bersahur yang betul boleh mengelakkan anda berasa lemau dan lesu? Malah, anda juga dijamin kekal bertenaga dan fokus sehingga tiba waktu berbuka.

Di sini kami kongsikan 5 tips bersahur yang betul untuk anda. Jom!

1. Makan Kurma

Tahukah anda bahawa kurma merupakan sejenis superfood? Ia mampu memberi tenaga berpanjangan kepada anda sepanjang hari. Bukan itu sahaja, buah kurma juga mengandungi nutrien yang tinggi seperti kalsium, gula, serat, zat besi serta vitamin. Bukan itu sahaja, pengambilan kurma menyebabkan anda cepat kenyang dan mengelakkan anda daripada makan terlalu banyak.

8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa
8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa

Nak lagi sedap, cuba buat susu kurma untuk sahur anda :

2. Makan Karbohidrat Kompleks

Oat atau beras perang merupakan salah satu jenis makanan yang tergolong dalam kategori karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks mengambil masa yang agak lama untuk dihadam, jadi badan anda masih mempunyai tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding memakan karbohidrat ringkas seperti roti dan biskut. Contoh makanan karbohidrat kompleks lain yang boleh diambil ialah barli, quinoa, kentang, jagung dan kekacang.

3. Makan Telur, Sayur Dan Buah

Telur pula merupakan sumber protein yang paling senang didapati selain daripada memakan daging. Bagi mereka yang berpengalaman menurunkan berat badan, diet yang mempunyai protein bukan sahaja membantu anda berpuasa dengan baik. Malah, sumber protein yang dibekalkan boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting sebagai sumber vitamin dan serat untuk kelancaran sistem penghadaman anda.

8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa
Kredit : ABC

4. Elakkan Makanan Masin Dan Berminyak

Pada waktu sahur, seboleh-bolehnya elakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan garam dan minyak yang tinggi. Ia boleh menyebabkan anda cepat haus dan dehidrasi di siang hari. Kandungan garam yang tinggi berupaya menyerap kandungan air yang sepatutnya diperlukan di dalam tubuh badan.

Kredit : Giphy

5. Elakkan Makan Mi Segera

Siapa yang selalu sahur makan mi segera? Mulai hari ini, elakkan amalan memakan mi segera ketika bersahur kerana makanan proses hanya akan menyebabkan anda cepat lapar dan dahaga. Tambahan pula, makanan ini mempunyai kandungan perasa yang sangat tinggi. Memang padan lah baru tengah hari perut dah meriah berkeroncong.

8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa

6. Minum Air Sebanyak 2 Gelas

Air sangat penting ketika berpuasa. Untuk puasa yang berkualiti, minum air kosong sebanyak 2 gelas pada waktu sahur. Lebih elok lagi, segelas diminum semasa bangun untuk bersahur dan segelas lagi diminum selepas anda habis makan sahur.

7. Makan Dengan Tenang, Jangan Terburu-Buru

Melengah-lengahkan waktu bersahur adalah salah satu sunah nabi. Walau bagaimanapun, melengah-lengahkan bersahur ini bukanlah bermaksud anda perlu bangun 5 minit sebelum masuknya waktu Imsak. Anda sebenarnya dianjurkan untuk makan dengan perlahan dan tidak terburu-buru supaya makanan sahur anda dapat dihadam dengan baik.

via GIPHY

Mengunyah makanan dengan terlalu cepat hanya akan menggangu kadar gula dalam badan dan menyebabkan anda cepat berasa lapar. Bahkan, tubuh badan anda akan bekerja dengan lebih keras untuk menyerap khasiat makanan dan menyebabkan badan anda cepat penat dan letih. Baru tahu kan?

8. Elakkan Tidur Selepas Sahur

Sebaik-baiknya, anda tidak digalakkan untuk tidur selepas bersahur kerana makanan yang diproses akan menjadi tenaga dan hanya dibazirkan sewaktu anda tidur. Jadi, lakukanlah aktiviti yang bermanfaat seperti solat Subuh, mengaji Al-Quran dan berjalan ringan di luar rumah untuk menghirup udara segar pagi. Bukan sahaja anda dapat menambah pahala, tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan.

via GIPHY

Tak percaya? Cuba sendiri tips ini dan rasakan perbezaan kualiti puasa anda berbanding sebelum ini. Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa.

Artikel Berkaitan

Back to top button