fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
25 Februari 2021
Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Menteri Sarawak bakal menjadi penerima vaksin pertama di negeri ini.

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak. Dilaporkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal menjadi penerima vaksin pertama di negeri ini. Beliau akan menerima vaksin tersebut pada 26 Februari 2021 di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching.

Hal ini turut bermakna bahawa pelancaran Program Imunisasi Fasa 1 Peringkat Negeri Sarawak diawalkan kepada hari Jumaat iaitu sehari lebih awal dari tarikh asal yang dijadualkan sebelum ini.

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak
Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

Telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

Perkara tersebut telah pun disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa sidang media Penerimaan Vaksin di gudang kargo Raya Airways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

ArtikelBerkaitan

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong

“Kita hendak menunjukkan kepada semua warga Sarawak, beliau yang menjadi individu pertama secara sukarela divaksin Pfizer-BioNtech,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa pemberian vaksin akan diawalkan kerana vaksin tiba di negeri itu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

Detik bersejarah apabila sebanyak 23,400 dos vaksin COVID-19 tiba

Pada petang Rabu 24 Februari 2021, Sarawak menyaksikan detik bersejarah apabila sebanyak 23,400 dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Menurut Uggah, dos pertama berkenaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan di Sibu dan Kuching, bermula pada Jumaat ini.

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share76Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy