fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?

Kedung BK Oleh Kedung BK
9 Mac 2020
Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Mitos berjalur

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu? Dalam mana-mana mitos pribumi Borneo, salah satu haiwan yang selalu ada adalah harimau. Terdapat beberapa harta pusaka yang didakwa mempunyai hiasan diperbuat dari taring harimau, tambahan pula kita mempunyai banyak ilustrasi haiwan ini, malah terdapat juga terjemahan tempatan untuk harimau. Tetapi menurut dakwaan pakar-pakar, tiada prehistoric evidence mengenai kewujudan harimau di pulau Borneo. Jadi, mengapa kita mempunyai haiwan ini dalam mitos-mitos dan adakah taring harimau yang diturunkan secara turun-temurun adalah betul-betul taring harimau?

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?
Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu? Kredit: Wikipedia

Dipercayai salah satu spesies harimau pupus

Menurut penyelidikan zaman prasejarah di Borneo, harimau borneo dipercayai telah hidup di pulau Borneo pada zaman prasejarah. Walaupun harimau ini tidak direkod secara konsisten, kewujudan nya dipercayai oleh pribumi pulau Borneo.

Seorang warga Kalimantan, Iber Djamal, mendakwa taring yang menghiaskan mandau nya adalah taring harimau. Pusaka ini diturunkan secara turun temurun di dalam keluarga beliau. Kredit: Jemmie Delvian

Penemuan taring harimau di Sarawak dan Sabah

Penggalian arkeologi di Sarawak dan Sabah menghasilkan taring canine serta beberapa tulang yang dikenal pasti berasal dari seekor harimau. Ini mencadangkan bahawa harimau itu telah wujud di Borneo semasa akhir zaman Pleistocene dan awal zaman Holocene. Serpihan tulang juga ditemui di pulau Palawan di Filipina. Para arkeologi beranggap tidak mungkin serpihan ini didagangkan di antara kawasan yang berbeza semasa zaman Pleistocene.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Pribumi Borneo menyimpan memori tentang harimau ini dalam budaya mereka dengan menyimpan bahagian-bahagian harimau ini sebagai pusaka. Oleh itu, ia telah mencadangkan bahawa harimau Borneo wujud lebih lama daripada zaman prasejarah.

Ukiran kayu harimau (Borneo Ngaju Dayak Tiger Karuhau Wood Carving), dibuat pada abad ke-19. Kredit: WorthPoint

Bagaimana penemuan ini berkaitan dengan satu sama lain?

Pulau Borneo mungkin telah dihubungkan ke pulau Palawan semasa tempoh glasier terakhir dan sebelumnya. Beberapa penemuan tulang di Palawan mempunyai persamaan dengan tulang harimau yang masih ada di Semenanjung dan India. Selain itu, penemuan alat diperbuat dari batu mencadangkan manusia pada zaman prasejarah telah mengumpul tulang harimau.

Sehubungan dengan itu, bahagian anggota badan harimau diguna sebagai amulet di Selatan dan Selatan Timur Asia jadi kemungkinan bahagian anggota badan harimau ini diimport dari tempat lain. Satu lagi teori adalah pulau Borneo dan pulau Palawan yang berjarak dekat pada pertengahan zaman Pleistocene mencadangkan harimau ini telah menjajah Palawan dari Borneo 420,000 – 620,000 tahun dahulu, di mana pada masa ini paras laut berada pada tahap terendah. Dengan mempertimbangkan harimau ini pandai berenang, ia berkemungkinan haiwan ini telah menyeberang Selat Balabac apabila jarak pulau Borneo dan Palawan lebih dekat berbanding dengan sekarang, semasa pertengahan dan akhir Pleistocene.

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?
Lukisan harimau zaman Pleistocene. Kredit: Pinterest

Apabila selat ini mula meluas, ia turut mengasingkan harimau Palawan dan menyempitkan kawasan mereka. Tambahan lagi dengan perubahan alam semulajadi beserta dengan perubahan iklim, sumber makanan harimau mulai menurun dan selain diburu oleh manusia, turut menyebabkan harimau ini menjadi pupus. Sehingga kini, tiada bukti wujudnya harimau ini masih hidup di Palawan melebihi 12,000 tahun yang lalu.

Ciri-ciri harimau

Ia telah dianggap bahawa harimau Borneo mungkin agak kecil dalam saiz, sama seperti harimau Sumatera. Menurut pribumi Borneo, harimau ini lebih besar dari clouded leopard, dan kebanyakan berwarna coklat dengan stripe pudar. Ia juga dipercayai tidak memanjat pokok.

Tidak seperti clouded leopard, harimau Borneo dipercayai tidak memanjat pokok. Kredit: Pinterest

Mitos atau kebenaran?

Apa-apa pun pendapat anda mengenai kewujudan harimau ini, memang ternyata haiwan ini adalah salah satu haiwan yang mempunyai tempatnya dalam mana-mana mitos pribumi Borneo.

Adakah Harimau Borneo Benar-Benar Wujud Pada Suatu Ketika Dahulu?
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Tapatalk

Adakah anda tahu apa-apa mitos Borneo mengenai harimau ini? Komen dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Share98Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy