fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Adat Kematian Kaum Murut Di Sabah

iloveborneo Oleh iloveborneo
3 Ogos 2018
Adat Kematian Kaum Murut Di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri

Adat Kematian Kaum Murut Di Sabah
Adat Kematian Kaum Murut Di Sabah. Suku kaum Murut merupakan kaum ketiga terbesar di Sabah yang tinggal di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah. Mereka biasanya tinggal di daerah Tenom, Pensiangan dan Keningau. Kaum Murut juga terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Adat Kematian Kaum Murut Di Sabah Kaum Murut merupakan salah satu etnik Sabah yang kaya dengan adat dan budaya. Suku kaum Murut juga dikenali melalui budaya dan kesenian yang telah mereka warisi turun-temurun. Setiap masyarakat atau kaum di dunia ini memiliki keunikan adat yang tersendiri yang diamalkan dari dari turun-temurun dan diwarisi dari generasi ke generasi. Untuk pengetahuan, masyarakat Murut memiliki dan mengamalkan adat unik dan berbeza dari kaum lain yang terdapat di Sabah. Salah satunya ialah adat kematian yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Dalam masyarakat Murut, mereka akan melakukan pengebumian mayat bergantung kepada punca kematian seseorang. Bagi mengelakkan sebarang musibah atau bencana mereka akan menjalankan pengebumian dengan tertib dan teratur mengikut adat yang diwarisi. Dalam masyarakat Murut, terdapat tiga proses pengebumian iaitu, semasa kematian, pengebumian dan selepas pengebumian.
Sebahagian Kaum Murut Yang Memakai Pakaian Tradisional
Semasa proses kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong bagi memberitahu orang kampung adanya kematian dalam keluarga mereka. Semua perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing sepanjang gong dipukul bagi menghormati si mati dan keluargaanya. sesiapa yang tidak berhenti dari pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan ketika gong dibunyikan akan dikenakan denda dan hukuman iaitu dengan memberi seekor babi kepada keluarga si mati. Mayat akan dimandikan dan dipakaikan pakaian baju dan dihias dengan cantik. Selama dua hari mayat akan disimpan di dalam rumah sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut.
Gong Akan Dipukul Menandakan Adanya Kematian
Selepas di masukkan ke dalam tajau, tajau akan ditutup dengan papan kayu dan akan dinyalakan lampu kecil diatasnya bertujuan untuk menakutkan hantu atau syaitan yang cuba menganggu. Pada jam 12.00 tengah malam tajau akan dikeluarkan dan pada ketika itu semua ahli keluarga perlu menangis-nangis sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari seterusnya pula, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan.
Contoh-contoh Tajau
Sebagai tanda menghormati malam terakhir si mati berada di rumah, keluarga si mati akan bersuka ria. Keesokan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap selamat jalan.
Kuburan Suku Kaum Murut
Proses kedua iaitu semasa pengebumian, tajau akan dihantar ke tapak pengebumian dan gong akan dibunyikan di sepanjang jalan yang dilalui sebagai tanpa penghormatan. Tajau tersebut akan dihiasi dengan beraneka manik yang berwarna dan dipaku dengan kayu yang diukir. Pada ketika ini juga mereka akan mengadakan majlis makan-makan dan bersuka ria. Proses terakhir dalam proses pengebumian kaum Murut ialah selepas pengebumian, tiga potong bara akan diletakkan oleh ahli keluarga si mati setelah empat hari tajau dikebumikan. Walau begitu, bara ini tidak akan dibiarkan nyala dan akan dikawal oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api, mengikut kepercayaan mereka sekitanya si mati dapat meniup api sehingga menyala, rumah yang didiami oleh keluarga si mati akan tertimpa bencana. Adat menolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai. Adat kematian ini dijalankan oleh suku kaum Murut yang tinggal di pedalaman Sabah dan sehingga kini dipercayai masih diamalkan oleh beberapa sub-kumpulan suku kaum Murut yang masih terdapat di Sabah. Sumber:urangsabah
Share62Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy