fbpx
Cerita Borneo

Ahli Parlimen Bandar Kuching Jadi Pesakit Pertama Di Sarawak Sembuh Dari COVID19

Dr Kelvin Yii dibenarkan pulang malam tadi

Ahli Parlimen Bandar Kuching Jadi Pesakit Pertama Di Sarawak Sembuh Dari COVID19. Dr Kelvin Yii yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak beberapa hari lepas telah dibenarkan keluar selepas disahkan bebas dari wabak COVID19. Beliau juga merupakan pesakit pertama yang dibenarkan keluar dari Kuching, dan kemungkinan juga yang pertama di Sarawak!

Menurut satu kemaskini di laman facebook beliau malam tadi, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan bahawa 2 ujian terkini yang dilakukan terhadap beliau memberikan keputusan negatif, justeru itu beliau dibenarkan balik. Walaupun telah dibenarkan balik, beliau menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan self isolation dan juga mengambil langkah berjaga jaga disamping mengikut nasihat yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Jadi Pesakit Pertama Di Sarawak Sembuh Dari COVID19
Ahli Parlimen Bandar Kuching Jadi Pesakit Pertama Di Sarawak Sembuh Dari COVID19

Dr Kelvin Yii dikuarantin selama hampir 7 hari

Dalam kemaskini di laman facebook beliau, Dr Kelvin Yii memaklumkan bahawa beliau telah dikuarantinkan selama hampir 7 hari. Sepanjang tempoh tersebut, beliau sihat. Beliau juga mengikuti prosedur yang ditetapkan iaitu 2 ujian pada hari terakhir untuk minggu tersebut iaitu pada hari Jumaat (20 Mac 2020) dan hari Sabtu (21 Mac 2020) dan juga ujian PCR utuk COVID19. Memandangkan 2 ujian telah menunjukkan keputusan yang baik, jadi doktor telah membuat keputusan untuk membenarkan beliau pulang.

Beliau turut berterima kasih kepada staf kesihatan

Dr Kelvin Yii turut merakamkan ribuan terima kasih kepada staf staf kesihatan dan juga barisan depan yang mengambil risiko dalam kehidupan seharian mereka bagi memastikan pesakit dijaga sebaiknya. Dari hari pertama dirawat, beliau telah dijaga dengan baik dan rapi.

Peluang Untuk Menyaksikan Best Of Humanity Ketika Dikuarantin

Dikuarantin di hospital ternyata memberi Dr Kelvin satu pengalaman di mana beliau telah melihat best of humanity apabila staf staf kesihatan seperti doktor, jururawat termasuklah anggota pembersihan bekerja keras hanya untuk memastikan pesakit selamat, dijaga rapi dan juga menjaga keseluruhan komuniti dengan sebaik mungkin. Beliau turut menyatakan kesemua mereka sama seperti kita. Mereka juga mempunyai keluarga di rumah, bahkan sebahagian daripada mereka juga mempunyai anak kecil di rumah. Berada di barisan hadapan bukan sahaja merisikokan nyawa mereka, namun begitu mereka masih lagi cekal bekerja bagi memastikan kita semua selamat.

#COVID19 #Discharged Apparently i was informed that i am the first patient to be discharged in Kuching, maybe…

Posted by Kelvin Yii Lee Wuen 俞利文 on Monday, March 23, 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button