fbpx
Cerita Borneo

Ahli Parlimen Sarikei Disahkan Positif COVID19

Beliau dikatakan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan politik di Kuala Lumpur

Ahli Parlimen Sarikei Disahkan Positif COVID19. Andrew Wong Ling Biu, Ahli Parlimen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Malaysia disahkan positif COVID19 hari ini.

Ahli Parlimen Sarikei Disahkan Positif COVID19

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak melalui satu sidang media yang diadakan di Sibu pagi ini. Difahamkan juga, sumber dalam DAP memaklumkan Ahli Parlimen DAP tersebut sudah kurang sihat sejak seminggu yang lepas dan telah pergi ke Hospital Sibu pada hari Jumaat untuk melakukan pemeriksaan. Beliau selepas itu dikuarantinkan

Ahli Parlimen Kuching Ambil Langkah Kuarantin Diri Sendiri

Sementara itu, Dr Kelvin Yii yang merupakan Ahli Parlimen Kuching memaklumkan melalui satu muat naik di Facebook bahawa beliau kini dalam proses untuk mengkuarantikan dirinya. Beliau mengatakan bahawa beliau terdedah pada individu yang positif COVID19.

Setakat ini belum ada lagi kes pemimpin politik yang lain positif COVID19. Kes yang ini difahamkan kes pertama seumpamanya di Malaysia.

Artikel Berkaitan

Back to top button