fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Airlines Mula Tambah Flight Ke Sabah Sarawak, Lebih Banyak Frekuensi Mulai Bulan Julai

iloveborneo Oleh iloveborneo
16 Jun 2020
Airlines Mula Tambah Flight Ke Sabah Sarawak, Lebih Banyak Frekuensi Mulai Bulan Julai
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Semakan kami mendapati kesemua syarikat penerbangan menambah frekuensi penerbangan mereka bermula bulan Julai 2020

Airlines Mula Tambah Flight Ke Sabah Sarawak, Lebih Banyak Frekuensi Mulai Bulan Julai. Jumlah penerbangan harian oleh syarikat syarikat penerbangan Malaysia ke destinasi di Sabah dan Sarawak dijangka bertambah bermula bulan Julai ini selepas beberapa bulan dihadkan penerbangan bagi mengurangkan risiki penularan wabak.

Berdasarkan carian kami, tiga syarikat penerbangan utama di Malaysia iaitu AirAsia, Malaysia Airlines dan juga Malindo Air mula menambah penerbangan ke destinasi di Sabah dan Sarawak bermula bulan Julai ini selepas kelonggaran merentas daerah dan negeri mula dibenarkan di Malaysia. Semalam, Ketua Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes turut memaklumkan syarikat mereka akan menambah lebih banyak penerbangan domestik bermula pada bulan Julai ini juga.

ADVERTISEMENT

Hasil carian ringkas kami hari ini juga berjaya menemukan lebih banyak penerbangan harian ditawarkan ke Bandaraya Kuching, Kota Kinabalu, Miri dan sebagainya. Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Bandaraya Kuching juga telah ditambah menjadi 7 penerbangan harian, dan harganya juga adalah separuh dari harga penerbangan pada hujung bulan Jun 2020.

Airlines Mula Tambah Flight Ke Sabah Sarawak, Lebih Banyak Frekuensi Mulai Bulan Julai
Airlines Mula Tambah Flight Ke Sabah Sarawak, Lebih Banyak Frekuensi Mulai Bulan Julai

Begitu juga dengan Malindo Air, mereka turut menambah jumlah penerbangan harian ke Bandaraya Kuching. Malindo Air mempunyai 2 penerbangan harian pada 1 Julai dan ke atas.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Hasil semakan ringkas kami terhadap kekerapan penerbangan Malaysia Airlines pula, mereka masih hanya mempunyai 1 penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kuching pada awal bulan Julai.

ADVERTISEMENT
Airlines Mula Tambah Flight Ke Sabah Sarawak, Lebih Banyak Frekuensi Mulai Bulan Julai

Kekerapan penerbangan AirAsia ke Kota Kinabalu juga ditambah kepada 7 penerbangan sehari dengan penerbangan terakhir berlepas pada pukul 8.45 malam.

Airlines Mula Tambah Flight Ke Sabah Sarawak, Lebih Banyak Frekuensi Mulai Bulan Julai

Malindo Air turut menambah jumlah penerbangan pada bulan Julai 2020. 3 penerbangan harian ditawarkan terus dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENT

Malaysia Airlines pula, sama seperti kekerapan penerbangan mereka ke Kuching dengan hanya 1 penerbangan terus ditawarkan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, Malindo Air juga kembali menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau dengan mengadakan promosi khas yang dimuat naik di laman sesawang mereka.

Berdasarkan carian ringkas kami juga, AirAsia juga menambah jumlah penerbangan harian mereka ke bandar bandar lain seperti Sibu, Bintulu, Miri, Sandakan dan Tawau.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu sebagai contoh, ditawarkan sebanyak 3 kali sehari bermula dari 1 Julai 2020.

Penambahan penerbangan ini harapnya dapat memudahkan rakyat Malaysia yang perlu untuk travel bagi tujuan penting selepas beberapa bulan tiada penerbangan yang kerap dan juga pembatalan kebanyakan penerbangan sebelum ini.

Oh ya, bagi anda yang telah membeli pass tanpa had AirAsia yang bernilai RM399, anda boleh baca tips and trick ini :

Share6488Tweet201SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy