fbpx
Cerita Borneo

Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO

Unidentified Flying Object (UFO)

Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO. Terkini, CBS iaitu saluran siaran berita di Amerika Syarikat, menyiarkan 3 rakaman UFO yang telah dibenarkan oleh Pentagon untuk tatapan orang umum. Difahamkan salah satu dirakam pada tahun 2004 manakala dua daripada rakaman didedahkan difilem pada 2015. Pendedahan rakaman tersebut mencetuskan perasaan ingin tahu tentang UFO-UFO terbabit sehingga menimbulkan beberapa teori untuk menjawabkan fenomena tersebut.

Didedahkan secara formal setelah beberapa tahun diedar dalam Internet

Ketiga-tiga rakaman terbabit diedar dalam Internet setelah dibocor tanpa izin pada tahun 2007 dan 2017. Malah, Tentera Angkatan Laut Amerika Syarikat (NAVY) mengesahkan kesahihannya. Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan, Sue Gough, beliau berkata

“Setelah melakukan tinjauan menyeluruh, jabatan telah memutuskan bahawa pelepasan yang dibenarkan dari video yang tidak diklasifikasikan ini tidak mendedahkan keupayaan atau sistem sensitif, dan tidak mempengaruhi siasatan berikutnya mengenai serangan ruang udara tentera oleh fenomena udara yang tidak dikenali.”

Kejadian 2004 berlaku kira-kira 160 KM di Pasifik, menurut The New York Times, yang pertama kali melaporkan video tersebut pada tahun 2017. Dua fighter pilot dalam misi latihan rutin dihantar untuk menyiasat pesawat yang tidak dikenali terbabit yang telah dijejaki oleh sebuah kapal NAVY beberapa minggu sebelum itu.

Dilaporkan, kedua-dua juruterbang menemui sebuah objek bujur yang panjangnya sekitar 40 kaki melayang sekitar 50 kaki di atas muka air, dan ia memulakan pendakian yang laju ketika juruterbang-juruterbang yang menyiasatnya menghampiri sebelum ia terbang ke arah lain dengan kelajuan yang pantas.

“Saya tak pernah tengok benda yang memecut sepantas objek itu,” kata salah seorang juruterbang yang menyiasat objek terbabit.

Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO
Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO |
UFO yang dijejaki oleh tentera NAVY ini disiasat oleh juruterbang-juruterbang tentera. Kredit: Jabatan Pertahanan USA

Kedua-dua juruterbang meninggalkan kawasan itu untuk bertemu di lokasi pertemuan sekitar 90 KM dari lokasi. Ketika mereka masih berada sejauh kira-kira 60KM daripada lokasi pertemuan, kapal NAVY yang menjejaki objek tersebut menyiarkan radio dan mengatakan objek itu berada di titik pertemuan, setelah melewati jarak “dalam tempoh kurang daripada seminit,” kata juruterbang itu lagi.

Dua video insiden lain pada tahun 2015 merangkumi rakaman objek yang bergerak pantas di udara. Dalam salah satu rakaman tersebut, objek dilihat berlumba-lumba di langit dan mula berputar di udara.

Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO
Rakaman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan menunjukkan sebuah objek berputar di udara. Kredit: Jabatan Pertahanan USA

Dalam rakaman tersebut, dua juruterbang yang melihat fenomena tersebut bercakap sesama diri:

“Adakah itu sebuah dron?”

“Banyak juga!”

“Mereka semua melawan angin. Tengok tu!”

“Ia berputar!”

Dalam video yang satu lagi, sebuah objek ditunjukkan memecut atas permukaan air laut, sehingga juruterbang yang menjejakinya berkata “apakah benda itu?!”

Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO
Rakaman yang direkod pada 2015 ini menunjukan sebuah UFO memecut atas permukaan air laut. Kredit: Jabatan Pertahanan USA

Menurut Sue Gough mengenai rakaman-rakaman tersebut, beliau berkata

“DOD mendedahkan video-video tersebut untuk mengesahkan kesahihan rakaman agar masyarakat tidak membuat spekulasi dan bersoal sekiranya ada video lain. Fenomena udara yang dilihat dalam video-video terbabit masih disifatkan sebagai ‘tidak dikenali.'”

Mencetuskan teori

Setelah didedahkan secara formal, beberapa netizen menimbulkan teori tersendiri mengenai UFO-UFO yang dirakamkan.

Ada juga yang berkata ia mungkin sebuah kapal tentera swasta

Pengguna Twitter ini berkata ia mungkin kapal tentera yang tidak diketahui oleh orang umum. Kredit: Twitter

Untuk pengetahuan anda, Lockheed Martin RQ-170 Sentinel merupakan kapal tentera udara tanpa pemandu Amerika (UAV) yang dihasilkan oleh Lockheed Martin dan dikendalikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA). Walaupun USAF telah mengeluarkan beberapa perincian mengenai reka bentuk atau kemampuan UAV, penganalisis pertahanan percaya bahawa ia adalah pesawat siluman yang dilengkapi dengan peralatan pengintai udara.

RQ-170 art impression.jpg
Ilustrasi model kapal tersebut oleh pelukis. Kredit: Wikipedia

Seorang lagi berkata ia adalah fenomena yang memerlukan ilmu fizik untuk memahami

Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO
Pengawalan kelajuan objek tersebut menggunakan model Alcubierre Drive. Kredit: Twitter

Ringkas kata mengenai Alcubierre Drive, ia merupakan sebuah idea spekulatif berdasarkan penyelesaian persamaan medan Einstein dalam relativiti umum seperti yang dicadangkan oleh ahli fizik teori Miguel Alcubierre, di mana kapal angkasa dapat mencapai kelajuan lebih daripada kelajuan cahaya jika medan ketumpatan tenaga boleh dikonfigurasi lebih rendah daripada vakum(jisim negatif) dapat dibuat.

How could we theoretically travel warp speed but not pass out due ...
In motion. Kredit: Quora

Dan ada juga yang memberi teori semata-mata untuk menghiburkan sahaja

Akhirnya Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon Dedahkan 3 Rakaman UFO
Kredit: Twitter

Apa pendapat anda mengenai UFO-UFO tersebut? Adakah ia fakta atau hanya objek biasa yang disalah pandang? Kongsikan pendapat anda dalam ruang komen dan jangan lupa share artikel ini!

animation ufo GIF
Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close