fbpx
Cerita Borneo

Akibat COVID19, Juruterbang Pilih Jadi ‘Runner’ Pasaraya Untuk Sementara

Peter Login tinggalkan ‘kunci Boeing’ 747 untuk memandu van Mercedes Sprinter

Akibat COVID19, Juruterbang Pilih Jadi ‘Runner’ Pasaraya Untuk Sementara. Krisis COVID19 yang berlaku di seluruh dunia kini ternyata memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi terutamanya industri penerbangan dan juga pelancongan. Seperti di United Kingdom, juruterbang British Airways dipotong 50% gaji dan juga diarahkan untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Akibat COVID19, Juruterbang Pilih Jadi 'Runner' Pasaraya Untuk Sementara
Akibat COVID19, Juruterbang Pilih Jadi ‘Runner’ Pasaraya Untuk Sementara

 ‘@British-Airways 747 keys hung up for a while. Back in the cockpit with @Tesco.’

Peter Login via Twitter

Hal ini menyebabkan seorang juruterbang mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan sementera kokpit pesawat Boeing 747 mereka dan mengambil keputusan untuk menjadi pemandu penghantaran Pasaraya Tesco. Cicipan beliau di twitter kini viral dengan ianya mendapat pujian dan sokongan netizen. Salah seorang netizen turut membalas cicipan beliau dengan menyatakan :

“Anda telah menunjukkan karakter anda yang sebenar. Saya harap anda kembali ke dek penerbangan tidak lama lagi.”

Akibat COVID19, Juruterbang Pilih Jadi 'Runner' Pasaraya Untuk Sementara

Industri penerbangan terjejas teruk akibat COVID19

Industri penerbangan sangat terjejas teruk akibat COVID19, British Airlines sebagai contoh telah telah bertindak menggantung semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick, malah mereka juga telah memotong separuh daripada perkhidmatan mereka di Heathrow.

Pengarah Urusan British Airways, Alex Cruz turut mendedahkan bahawa beliau tidak akan mengambil gaji selama 2 bulan bagi meringankan beban kewangan syarikat. British Airways setakat ini telah merehatkan 36 ribu pekerja mereka dari pelbagai bahagian yang kini akan menerima 80% gaji mereka dari kerajaan UK.

Ini bukan kali pertama Peter Login kehilangan pekerjaan

Sebelum ini, Peter Login pernah berkhidmat dengan Syarikat Penerbangan Thomas Cook yang bankrap. Beliau yang sebelum itu turut pernah menjadi juruterbang kargo DHL kemudiaanya bekerja dengan British Airways sebelum 4 bulan kemudian, pandemik COVID19 melanda dunia. Pasangan Peter Login yang juga pernah bekerja sebagai pramugari kini turut membantu kerajaan UK dengan berkhidmat sebagai barisan hadapan di Basildon and Thurrock University Hospitals Foundation Trust. 

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button