fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Akui Maklumat Kurang Tepat, Timbalan Menteri Mohon Maaf Pada Veveonah

iloveborneo Oleh iloveborneo
3 September 2020
Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Datuk Zahidi memaklumkan beliau telah menerima maklmat yang kurang tepat

Akui Maklumat Kurang Tepat, Timbalan Menteri Mohon Maaf Pada Veveonah. Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia sebentar tadi memohon maaf kepada Veveonah susulan kenyataan yang dikeluarkan di Dewan Negara siang tadi.

Akui Maklumat Kurang Tepat, Timbalan Menteri Mohon Maaf Pada Veveonah

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman facebook rasmi beliau sebentar tadi, beliau menyatakan bahawa beliau telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan.

ADVERTISEMENT

Susulan itu, Datuk Zahidi memohon maaf kepada Veveonah Mosibin dan menyatakan bahawa beliau akan membuat pembetulan di Dewan Negara pada hari isnin nanti.

Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin…

Posted by Zahidi Zainul Abidin on Thursday, September 3, 2020

Sebelum ini, tular isu kenyataan Datuk Zahidi mengenai video Veveonah. Menurut kenyataan asal beliau, beliau mengatakan Veveonah sebenarnya tidak menduduki sebarang peperiksaan semasa video tersebut diambil.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Malah, Veveonah dikatakan sebagai hanyalah seorang Youtuber yang mahukan nama untuk tujuan populariti sementara. Konten tersebut juga dibuatnya untuk tujuan suka-suka dan hiburan semata-mata.

Kenyataan tersebut mengundang persoalan dan kemarahan netizen terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Rakan sekelas Veveonah juga tampil untuk mempertahankan kebenaran bagi pihak Veveonah.

ADVERTISEMENT

Veveonah dapat CGPA 3.85 dalam peperiksaan tersebut

Sebelum ini juga, pihak UMS telah mengumumkan bahawa Veveonah telah mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan tersebut iaitu dengan CGPA 3.85. Bahkan, gadis pintar tersebut dianugerahkan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UMS.

Tidak pasti, jangan kongsi.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat kita semua. Memetik slogan kempen sebenarnya.my. Jika anda tidak pasti, jangan kongsi. Sekiranya terkongsi, jangan lupa minta maaf ok?

Baca juga artikel lain :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy