fbpx
Cerita Borneo

Al-Jazeera Kini Trending, Dikecam Netizen Akibat Terbitkan Dokumentari Burukkan Malaysia

Dokumentari tersebut bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Al-Jazeera Kini Trending, Dikecam Netizen Akibat Terbitkan Dokumentari Burukkan Malaysia. Walau pun Malaysia telah diiktiraf sebagai salah sebuah negara terbaik dalam menangani pandemik serta mempunyai doktor terbaik di dunia, namun imej tersebut segera dipalitkan dengan sebuah isu hangat pula.

Terbaharu, sebuah saluran berita antarabangsa yang berpangkalan di Qatar, Al-Jazeera, telah memuat naik sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Dianggap penghinaan untuk rakyat Malaysia

Dokumentari yang diterbitkan oleh wartawan Drew Ambrose dan Jenni Henderson itu telah menerima kritikan dan kecaman hebat dari rakyat Malaysia. Pembikinan dokumentari tersebut dianggap suatu penghinaan buat seluruh rakyat Malaysia kerana Malaysia didakwa melayan warga asing tanpa izin tanpa belas kasihan di kem tahanan.

Bukan itu sahaja, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), imigran asing tanpa dokumen yang sah tidak dibenarkan untuk berjumpa antara satu sama lain dan diburu oleh kerajaan Malaysia.

Al-Jazeera Kini Trending, Dikecam Netizen Akibat Terbitkan Dokumentari Burukkan Malaysia
Foto : BERNAMA

Tindakan kerajaan yang mahu mengawal kadar penularan pandemik juga disalah erti apabila mereka diarahkan untuk menjalankan saringan COVID-19 di klinik atau hospital berdekatan.

Pemberian makanan dan ubat-ubatan dianggap sebagai ‘perangkap’

Pemberian makanan dan ubat-ubatan juga dikatakan sebagai ‘perangkap’ untuk menangkap golongan imigran tanpa dokumen sah.

Hal ini kerana golongan ini hidup dalam kelompok yang ramai dan tiada penjarakan sosial. Ia dikhuatiri dapat meningkatkan lagi risiko penularan.

Al-Jazeera Kini Trending, Dikecam Netizen Akibat Terbitkan Dokumentari Burukkan Malaysia
Foto : BERNAMA

PATI ditahan di bawah akta Imigresen Malaysia

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menjelaskan dalam sidang media hari ini bahawa dakwaan mengatakan kanak-kanak turut ditahan di kem tahanan adalah tidak benar. Malah, kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah pusat khas dan tidak bercampur dengan tahanan lain.

Imigran yang tidak mempunyai dokumen yang sah pula ditahan di bawah akta Imigresen oleh Jabatan Imigresen Malaysia kerana tinggal secara haram di sesebuah negara.

Al-Jazeera Kini Trending, Dikecam Netizen Akibat Terbitkan Dokumentari Burukkan Malaysia
Foto : BERNAMA

PATI tetap dirawat sehingga pulih di Serdang

Bahkan, setakat ini, sebanyak 68,000 pekerja asing dengan dokumen sah telah disaring dengan 2,000 daripadanya menghidap COVID-19.

Manakala, sejumlah 4,924 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah disaring. Daripada jumlah itu pula, 777 individu didapati positif. Mereka telah dirawat di pusat rawatan khas Serdang sehingga pulih dan dibenarkan pulang.

Walau bagaimanapun, seperti mana pendatang tanpa izin di negara lain di dunia, mereka tetap tidak dibenarkan bergerak secara bebas di dalam negara walau pun mereka disahkan negatif.

Al-Jazeera Kini Trending, Dikecam Netizen Akibat Terbitkan Dokumentari Burukkan Malaysia
Al-Jazeera Kini Trending, Dikecam Netizen Akibat Terbitkan Dokumentari Burukkan Malaysia
Foto : NSTP/AIZUDDIN SAAD

Netizen lancar petisyen permohonan maaf daripada Al-Jazeera

Dokumentari ini juga mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana mencemarkan nama baik Malaysia. Kata kunci “Al-Jazeera” juga telah trending hari ini di laman Twitter berikutan video dokumentari tersebut.

Malah, satu petisyen telah dilancarkan untuk menuntut permohonan maaf daripada stesen berita berkenaan.

Susulan daripada dokumentari tersebut, Ismail Sabri menggesa agar Al-Jazeera memberikan bukti yang kukuh berkaitan dakwaan tersebut dan segera mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Baca juga artikel lain :

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close